CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kacak Tapi Tak Berbakat Sangat, Muaz Zabir Penuhi Kriteria Pelakon Pilihan A.Aida?

4-11-2022 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5721| Komen: 33

Pelakon baharu, Muaz Zabir, 25, berkongsi pembabitan awalnya dalam karier seni umpama 'bidan terjun' yang tidak disengajakan demi kelangsungan hidup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 lalu.


Muaz atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir berkata, dia asalnya bekerja sebagai jurulatih kecergasan.

Namun, disebabkan penularan Covid-19 dua tahun lalu dan negara melakukan beberapa kali PKP, dia akhirnya bertukar kerjaya.

Foto: IG

"Disebabkan masalah kerja dialami, seorang 'client' saya yang bekerja sebagai penerbit meminta saya cuba buat peragaan dan jadi 'talent' di sebuah stesen TV. Kemudian, saya dapat tahu tentang program Fit For Action di TV3.


"Selepas dapat izin ibu, saya ikuti uji bakat diadakan dan Alhamdulillah, rezeki terpilih sebagai peserta. Sejujurnya, saya tiada bakat dalam lakonan sebelum ini, tapi kena usaha lebih. Saya masuk, memang sepenuhnya bermula dengan kosong," katanya kepada Harian Metro.

Mengulas dia adalah contoh terbaik untuk kenyataan pernah dikeluarkan penerbit, Datuk A Aida berhubung 'ada rupa tapi tak ada bakat, boleh diasah', Muaz berkata ia bergantung pada tanggapan masing-masing.



"Saya bukanlah setuju atau tidak setuju dengan 'statement' (kenyataan) itu, sebab lain produksi, lain orang, dia ada lain tanggapan. Jadi, kita tak boleh menyalahkan apa yang A Aida cakap dan kita tak boleh salahkan netizen juga dengan pandangan mereka. Masing-masing ada pandangan masing-masing. Rupa itu adalah satu bonus, tapi usaha itu yang perlu," katanya juga juara bagi lelaki untuk program Fit For Action di TV3 yang berlangsung pada 8 Oktober lalu.

Ditanya juga sama ada kemenangannya kerana rupa yang kacak, Muaz berkata, dia berjaya kerana usaha.

Jelasnya, kalau nak dikatakan dia kacak, ada beberapa peserta lelaki lain yang lebih tampan daripadanya.



Muaz memaklumkan perjalanannya dalam persaingan Fit For Action juga berliku kerana pernah dua kali duduk di tangga peserta terbawah dan sekali tersingkir. Namun, rezekinya dia diserap masuk semula.

"Jadi, kini saya tekad akan teruskan usaha dengan mengikuti kelas-kelas lakonan yang ada untuk menimba lebih banyak ilmu pengetahuan bagi mempersiapkan diri bersaing dengan bakat-bakat lain," katanya.

Terdahulu, Muaz yang berasal dari Negeri Sembilan pernah muncul dalam beberapa iklan komersial produk di televisyen, termasuk bakal membintangi beberapa drama terbaharu di TV3, antaranya Bukan Hanya Sekadar Cinta terbitan A Aida Production.




Baru-baru ini, A Aida memaklumkan beliau mengutamakan pelakon lelaki kacak, 'sado' dan muda untuk diberikan watak utama atau hero dalam drama terbitan syarikatnya.

Katanya, formula itu dilihat berjaya berdasarkan beberapa drama yang diterbitkan termasuk yang baharu tamat bersiaran, Sekali Lagi Cinta Kembali yang menjadi 'trending' dan mencatat jumlah penonton tertinggi di Slot Akasia, TV3. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Omai 4-11-2022 05:00 PM
maaf dek. tak la ensem mane
Quote cikatilia 4-11-2022 05:05 PM
celah mana kacak nye
Quote sleepandream 4-11-2022 05:13 PM
nanti mesti acik2 dalam porem ni kata laki sendiri lg ensem
Quote I.K.A888990 4-11-2022 06:23 PM
bdk2 bbnu suka la kut rupa gini
Quote tobobon 4-11-2022 06:27 PM
bila tengok list2 peserta.....hmmmm...memang heols agak kacak berbanding peserta lain....yang lain semua biasa biasa biasa sangat.....
Quote jejaka_hensem 4-11-2022 06:34 PM
Muda lagi,tapi bila dah simpan misai jambang sume tu,nampak berumur 35 pulak
Quote CariMalay 4-11-2022 07:16 PM
Edited by CariMalay at 4-11-2022 07:17 PM

Nak kata hodoh tu rasanya tak. Tapi nak kata kacak, tu susah sikit. Dia n ni sekadar sedap dipandang. Kacak dia pun sikit sangat. Tak cukup kriteria nak bernaung bawah A. Aida.
Quote September14 4-11-2022 07:29 PM
Kacak jgk la ni utk laki melayu lebih helok la dr laki acik2 forumer cari yg feeling laki kacak diorg terpaling kacak
Quote iolss 4-11-2022 07:35 PM
Bakat baling belakang kekdahnya ????????????
Quote cicicumel 4-11-2022 07:48 PM
Anak norman hakim kalah ke dlm program ni?
Quote diamondhoney 4-11-2022 07:53 PM
Penat2 masuk rancangan konon2 buat action bagai, last2 under tokda je ke
Quote heythere123 4-11-2022 09:46 PM
cicicumel replied at 4-11-2022 07:48 PM
Anak norman hakim kalah ke dlm program ni?

anak dia masuk? kalau betul, unexpected nyah
Quote dudaberhias 4-11-2022 09:55 PM
ada rupa juga... tapi aura hero belum ada lagi... harap2 ok lah lakonan semua sebab boleh di gilap...

buat masa ni kaka support di belakang agittewwww... asalkan bukan hero muka kelindan lori dan pembancuh simen... tapi ni kaka judge sekadar dari gambr je ye... kebanyakan orang dalam gambar herlok... dalam tv tiba2 setaraf cashier kedai aceh.. contohnya alipblastoff birah gedik tu...
Quote Ferr_Remy 4-11-2022 09:57 PM
Igtkan mata aku sorg je nmpk die ni x ensem hahaha
Quote DianaSaksen 4-11-2022 10:07 PM
Takpe dik ko ada rupa yg agak kacak dibandingkan ngan laki acik2x forum kat sini
Quote makadek 4-11-2022 10:11 PM
sleepandream replied at 4-11-2022 05:13 PM
nanti mesti acik2 dalam porem ni kata laki sendiri lg ensem

Laki aku lg emsem
Quote LadyCarefree 4-11-2022 10:27 PM
Ini ke rancangan yg anak yebbinoman kemain konpiden jd juara? Training lama dgn bapaknya bagai.

K. Baru pi stalk si danishbutterkookies dah tadok IGnya. Malu ke kalah?
Quote Sazreena 5-11-2022 01:21 AM
Buak ghaso ghaso jah..
Quote anony-mous 5-11-2022 03:42 AM
dudaberhias replied at 4-11-2022 09:55 PM
ada rupa juga... tapi aura hero belum ada lagi... harap2 ok lah lakonan semua sebab boleh di gilap.. ...

Baru nk mention uols. Nak tanya boleh masuk dlm list ank ikan kita x selain hun haqeem, shafiq tee

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.203841 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top