CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

DJ Lin Masuk Hospital- Sakit Perut, Badan Lemah Sampai Nak Gelap Mata

4-11-2022 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2936| Komen: 22

DJ Lin terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor selepas mengalami sakit pada bahagian perut.

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, dia terpaksa dimasukkan ke wad bagi menerima rawatan dan pemantauan doktor sejak Khamis lalu.


Foto: IG

"Saya rasa sakit sebelah kiri perut. Badan juga terasa lemah sampai beberapa kali nak gelap mata.

"Selepas selesai acara di Suria FM semalam, saya terus pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan," katanya ketika dihubungi mStar.



Berkongsi perkembangan terkini kesihatannya itu, DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Besar Suria FM memaklumkan dia perlu melalui beberapa ujian sebelum dapat mengenal pasti punca sakit tersebut.

Penyampai segmen Suria Cinta ini juga berkata dia perlu berada di hospital sehingga Ahad ini menunggu keputusan ujian doktor.

"Masih ada beberapa ujian yang perlu dibuat... mungkin saya akan berada di wad sehingga Ahad nanti," ujarnya.



Dalam pada itu, DJ Lin turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat mengenai kesihatannya.

Malah, dia bersyukur apabila menerima layanan baik ketika berada di hospital.

"Saya bersyukur dan terharu kerana ramai yang mengambil berat tentang keadaan saya.

"Begitu juga dengan jururawat di hospital ini yang mengaku peminat saya turut memberi jagaan yang rapi," ujarnya.



Sebelum itu, menerusi Instagram DJ Lin memuat naik video memaparkan keadaan dirinya sedang terbaring di atas katil hospital. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 4-11-2022 04:11 PM
moga cepat sembuh
Quote stingergrumpy 4-11-2022 04:17 PM
Tumpang tanya...dj lin ini andartu junior, senior or forever mengikut usia dan klasifikasi table ifanonline kita....?

Speedy recovery
Quote awenda507 4-11-2022 04:57 PM
get well soon kak lin
Quote Omai 4-11-2022 05:09 PM
macam ahso
Quote acepark 4-11-2022 05:11 PM
la patut la time segmen dj lin salo tak da.btw semoga cepat sembuh
Quote mily 4-11-2022 05:29 PM
Dia diet x makan ke?  Sbb nak kurus or sbb x da selera...huhu.. Jaga kesihatan tu.. Makan dan amalkan hidup sihat
Quote swimswim 5-11-2022 01:46 PM
Mekap je rupanya
Quote harisbee 5-11-2022 06:43 PM
stingergrumpy replied at 4-11-2022 04:17 PM
Tumpang tanya...dj lin ini andartu junior, senior or forever mengikut usia dan klasifikasi table ifa ...

Dia janda la ada anak dara
Quote harisbee 5-11-2022 06:43 PM
Harap2 bukan sebab usaha dia nak kurus tu
Quote stingergrumpy 5-11-2022 06:48 PM
harisbee replied at 5-11-2022 06:43 PM
Dia janda la ada anak dara

My bad...jandatu....

Ok roger....masih dappppppppppnyaaaaaaa
Quote orkidorkido 5-11-2022 08:27 PM
Get well soon kak
Quote nuralisa 6-11-2022 12:27 AM
Ada kan .. iklan dia promote produk kurus..
Quote pujanggacinta 6-11-2022 12:37 AM
dj lin time student mass comm di menara itm antara senior yg cantik dan famous
punya la ramai peminat
sekejap jer masa berlalu
Quote salbutamol 6-11-2022 12:41 AM
semoga cepat sembuh dj lin. jaga kesihatan. utamakan diri dan keluarga. work comes second
Quote ladybugz 6-11-2022 07:42 PM
hampir sama simptom yg i kena waktu ke emergency tempoh hari. sampai kena buat xray mri bagai.
Quote namieamuro 6-11-2022 09:06 PM
ladybugz replied at 6-11-2022 07:42 PM
hampir sama simptom yg i kena waktu ke emergency tempoh hari. sampai kena buat xray mri bagai.

result nye mcmane u?gastric ke?
Quote fealefea 6-11-2022 09:23 PM
lemau benang ni walaupon sheol diangkat Pengacara Wanita Paling Popular terkini. Vote beli ke ape
Quote babynina30 7-11-2022 06:59 AM
fealefea: lemau benang ni walaupon sheol ...
fealefea: lemau benang ni walaupon sheol ...


I pon terpana masa sheols menang. Mmgla better djs pelawak bodo semua tu. Tp kagomla sheols ada pemenat [em:2:]
Quote kuzaime 7-11-2022 07:38 AM
nuralisa replied at 6-11-2022 12:27 AM
Ada kan .. iklan dia promote produk kurus..

Siap claim hilang berbelas kg katanyaaa masa bila dia bam2 pun x taulah

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.038768 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top