Seorang warga emas berusia 70 tahun menang AS$300,000 (RM1.43 juta) untuk tiket loteri yang dibeli semasa dalam perjalanan pulang selepas menuntut wang AS$100,000 (RM474,400) menerusi tiket lain yang dimenanginya.
Wanita itu yang tinggal di Newark, Delaware, Amerika Syarikat menang hadiah utama AS$300,000 untuk salah satu daripada tiga tiket loteri yang dibeli ketika singgah di sebuah kedai serbaneka pada 20 Oktober. Ketika itu dia baru pulang dari ibu pejabat Loteri Delaware untuk menuntut hadiah AS$100,000 yang mana tiket dibeli di sebuah stesen minyak pada minggu sebelumnya. Dia bagaimanapun tidak mahu mendedahkan identiti. "Orang pertama yang saya beritahu tentang menang AS$100,000 adalah kawan baik saya dan dia teman saya ketika menuntut hadiah. "Ketika saya gores tiket Serious Money dan menang AS$300,000 pada hari yang sama, kami terduduk tidak percaya. Memang gila," wanita itu memberitahu pegawai loteri. Tidak lama kemudian mereka berdua pergi semula ke ibu pejabat loteri untuk menuntut hadiah, menjadikan jumlah kemenangannya untuk hari yang sama sebanyak AS$400,000. Pemangku Pengarah Loteri Delaware dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada individu bertuah ini atas kemenangan berganda yang dianggap unik. Wanita itu berkata sejumlah besar wang kemenangan akan digunakan untuk menambah simpanan persaraannya. Bagaimanapun, harus diingat bahawa perbuatan membeli loteri, bermain nombor ekor atau aktiviti perjudian lain adalah ditegah dan haram hukumnya dalam Islam. -CARI Sumber: mStar Online/TOI
|
Adrif replied at 4-11-2022 04:06 PM
apesal makin banyak berita orang menang loteri ni?
apa motif korang??
Adrif replied at 4-11-2022 04:06 PM
apesal makin banyak berita orang menang loteri ni?
apa motif korang??
CiliPadiSedap replied at 4-11-2022 04:14 PM
bila ekonomi krisis orang akan tekan nombor ekor. separuh gaji atau full amount gaji mereka akan b ...
shernazz replied at 4-11-2022 08:31 AM
Dolu iols jenjalan kat kaki lima kedai2 lepas lunch dgn kawan.iols..
Pastu iols saja usik dia.."hey ...
ADVERTISEMENT