Konsert Rossa 25th Shining Years di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini, dimeriahkan dengan kehadiran 3,000 penonton menyaksikan konsert beliau dengan menampilkan artis jemputan penyanyi Judika dan Hael Husaini.
Rossa juga menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti Pudar, Hati Yang Kau Sakiti dan Perawan Cinta, Rossa turut menyampaikan lagu penyanyi tempatan seperti Janji Manismu (Datuk Aishah), Suci Dalam Debu (Iklim), Bukan Cinta Biasa (Datuk Seri Siti Nurhaliza) dan Antara Anyer dan Jakarta (Datuk Shiela Majid). Namun, apa yang menarik perhatian adalah posting Shiha Zikir di Instagramnya yang dilihat bergambar dengan Rossa pada hari berlangsungnya konsert berkenaan.
Para selebriti dan netizen sangat gembira apabila kedua-duanya ditemukan dan bergambar bersama. Shiha Zikir dikatakan sangat mirip dengan penyanyi terkenal Indonesia itu hingga ada yang mengatakannya sebagai kembar Rossa versi Malaysia. Pada masa sama, penyanyi berusia 43 tahun itu turut terharu dan gembira dengan sambutan kira-kira 3,000 peminatnya yang membanjiri ruang dewan. Rossa juga berasa amat terharu atas sokongan ramai rakan artis bukan sahaja dari Malaysia, bahkan dari Indonesia yang turut hadir menonton konsertnya. Sumber: Murai |
labusayong replied at 4-11-2022 04:10 PM
sorang lagi zandra aziela bini safiq rahim. muka sepesen sama jugak.
syamzana replied at 4-11-2022 09:07 AM
iols pun confuse dah mana satu rossa.
yg pakai belt tu cantik sikit dari yg berseluar hitam
ADVERTISEMENT