CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zamani Takut Bakal Ditidurkan, "Last Masuk Dewan Bedah 20 Tahun Lepas"

4-11-2022 02:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2710| Komen: 20

Zamani mengakui gementar untuk menjalani pembedahan tulang belakang bagi merawat masalah’bongkok’ yang dihidapinya di sebuah pusat perubatan pada 7 November ini.


Kata penyanyi berusia 51 tahun itu, perasaan takut itu hadir memandangkan kali terakhir masuk ke bilik pembedahan adalah sekitar 20 tahun lalu bagi membuang batu karang.

Katanya, persediaan mental menjadi perkara utama yang sangat dititikberatkan menjelang hari pembedahan nanti.

Foto: IG

“Sudah tentu perasaan takut itu tetap ada tetapi bukan disebabkan risau perkara buruk berlaku kerana saya berserah semuanya kepada Allah.


“Perasaan gementar itu muncul berikutan ini pembedahan besar pertama yang bakal saya jalani selepas pernah melakukan operasi kecil membuang batu karang, dua dekad lalu.

“Saya dimaklumkan prosedur pembedahan nanti dijangka berdurasi dua jam setengah dan saya akan ditidurkan,” katanya selepas majlis bacaan Yasin dan doa selamat secara virtual.


Acara kelolaan kelab peminat penyanyi itu turut disertai lebih 60 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan serta rakan selebriti.

Pada masa sama, akuinya selain mental dia perlu memastikan kesihatannya juga berada pada tahap memuaskan menjelang hari pembedahan Isnin depan.

“Saya ikut saja saranan doktor dari segi diet dan pengambilan vitamin, mudah-mudahan kesihatan saya berada pada tahap yang baik sebelum menjalani prosedur tersebut.



“Doktor turut maklumkan fasa selepas pembedahan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh sepenuhnya sebelum saya boleh aktif semula.

“Sepanjang tempoh pemulihan saya perlu membuat rawatan susulan, selain mematuhi latihan fisioterapi yang ditetapkan pakar,” katanya yang mengalami masalah tulang belakang melengkung atau penyakit skoliosis sejak 2015.



Menurut vokalis Slam itu lagi, proses pemulihan yang membolehkannya untuk kembali ke arena nyanyian dianggarkan memerlukan tempoh tiga bulan.

Pada masa sama, Zamani berharap orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan serta kelancaran urusan pembedahan yang akan dilaluinya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoLapciOus 4-11-2022 04:06 PM
semoga dipermudahkan segala urusan abg zamanii...
Quote pembacagosip 4-11-2022 04:21 PM
moga baik2 sahaja semuanya
Quote rayna_raynes 4-11-2022 04:29 PM
Semoga kurangla kesakitan abang zamani. Kesian jugak dengar cerita kena hidup bergantung painkiller
Quote shida81 4-11-2022 04:42 PM
Semoga di permudahkan... Permulaan kt x penting... Yg penting pengakhiran kite.....
Quote shernazz 4-11-2022 04:44 PM
Ditidurkan.tu seumpama dikomakan
Ni dibius saja kan..
Iols paling lama.dibius masa operate thyroid..
First 8jam..bangun2..kena bius balik sebab arteri pecah ke putus dah...
Dari pagi sampai ke malam iols dok ot..
Habis bius sakit gila mcm kena penggal..

Gitchuuu...pengalaman iols dibius..

Iols doakan zamani takde apa apa dan makin encem gitchuu
Quote doubleA 4-11-2022 04:52 PM
Semoga dipermudahkan dan gws abgadek
Quote afieyra 4-11-2022 05:20 PM
semoga cepat sihat bang,
Quote habisnamadahni 5-11-2022 09:19 PM
semoga Allah permudahkan segalanya untuk zamani..aamiin  aamiin aamiin
Quote ciksom 5-11-2022 10:49 PM
Semoga Allah mudahkan urusan saudara Zamani dan cepat cepat sembuh.
Quote dirtylilsecret 5-11-2022 10:55 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote mesmerize 5-11-2022 11:14 PM
Semoga cepat sembuh abam Zamani. Nak taknak, takut tak takut, kena buat juga pembedahan ni bang, sebab dah teruk tu keadaannya. Takut makin mudarat kalau tak usaha rawat. Selebihnya kita tawakal pada Allah SWT.
Quote Cikparipari 5-11-2022 11:44 PM
get well soon abang adek
Quote nini_azmi 6-11-2022 12:08 AM
Moga Allah mudahkan
Quote salbutamol 6-11-2022 12:44 AM
Semoga dipermudahkan segala urusan Zamani dan semoga cepat sembuh. suara zamani mcm telan kaset
Quote Sekaisilver 6-11-2022 02:04 AM
Semoga dipermudahkan
Quote Lilipelangi 6-11-2022 03:08 AM
Semoga dipermudahkn urusan zamani..
Quote Safirania 6-11-2022 03:32 AM
Moga pembedahan zamani berjalan lancar & kembali sihat
Quote Freezfrozen 6-11-2022 09:45 AM
Semoga dipermudahkan urusan abg zamani
Quote Piramida 6-11-2022 09:48 AM
Semoga dipermudahkan.
And manager tu, stoplah ambik kesempatan. Meluat.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.094566 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top