Seorang pemuda terpukau dek rupa paras seorang gadis yang lebih cantik daripada kekasihnya. Menerusi satu luahan, pemuda berkenaan memberitahu, dia menjalin hubungan dengan seorang gadis selama dua tahun.
Malah katanya, dia dan teman wanita (GF) telah membuat keputusan untuk meneruskan fasa seterusnya dengan mengikat tali pertunangan. "Saya pergi ke rumah dia untuk kenal-kenal mak ayah dan adik-beradik dia. Tapi sesuatu berlaku. "Saya terpaku sewaktu melihat adik perempuannya. Sumpah cantik gila, maksud saya tiga kali lebih cantik daripada GF saya," demikian luahannya menerusi satu perkongsian di ConfessTweetMY.
Menurut pemuda itu, dia mengakui menyintai kekasihnya tetapi tidak dinafikan adiknya terlalu cantik. Kecantikan si adik ternyata membuatkan dirinya 'gila bayang' sehingga tercetus perasaan rindu. "Saya tak tahu, saya seperti lebih rindu adik dia. Saya tak tahu nak buat apa," tambahnya. Bagi pemuda berkenaan, perasaan tersebut seperti dirinya bersikap curang tanpa berbuat sebarang langkah. "Semuanya dalam fikiran saya. Apa yang perlu saya lakukan?" katanya dalam satu luahan. Menerusi ruangan bebenang, dilema yang dihadapi pemuda berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi termasuk mengundang rasa kurang senang. Ada yang menyifatkan lelaki tersebut tidak layak untuk menjalinkan hubungan. "Lelaki macam ni tak sesuai dalam perhubungan. Bayangkan berjuta perempuan cantik dekat luar sana. Takkan setiap kali jumpa yang lebih cantik, nak jatuh cinta kot. Kasihan GF nya. "Nanti jumpa yang lagi cantik dari adik GF hang, hang jatuh cinta dekat orang lain pula. Jenuh kalau pantang tengok cantik je nak jatuh cinta. "Jangan layan perasaan tu. Akan sentiasa ada perempuan lawa kat dunia ni bukan setakat adik GF kau tu. Tapi tolong hargai yang satu je," demikian antara komen netizen. Dalam pada itu, seorang netizen mempersoalkan kewajarannya yang sekelip mata berubah kasih gara-gara adik teman wanita jauh lebih cantik. Secara tidak langsung, dia menjelaskan bahawa si teman wanita sebenarnya menerimanya seadaanya yang mungkin tidak begitu kacak bagi pandangan mata orang sekeliling. "Nak tanya, awak tu handsome sangat ke? Ingat adik dia nak dekat awak? Kalau adiknya lebih cantik, tentu ramai lelaki handsome lain yang suka dia banding dengan awak. "Sebab tu kakaknya yang terima awak sebab awak pun sama tak berapa nak handsome. Lupakanlah nak terus kahwin, betulkan niat dulu," ujarnya. -CARI Sumber: mStar Online
|
jazaa100 replied at 4-11-2022 02:24 PM
Ha..ha ...mcm kezen aku....
Bercinta dgn adik, bila dtg rumah tgok kakak lebih Ayu.....terus hantar ...
jazaa100 replied at 4-11-2022 02:24 PM
Ha..ha ...mcm kezen aku....
Bercinta dgn adik, bila dtg rumah tgok kakak lebih Ayu.....terus hantar ...
pembacagosip replied at 4-11-2022 02:28 PM
maria mariana sgt uolllssss
jazaa100 replied at 4-11-2022 02:55 PM
Tu lah....
Tapi nk buat mcmana....dah dia berkenan kat kakak....mak dorang pun sokong sbb masa tu ...
gerbera.memopad replied at 4-11-2022 02:28 PM
yang kakak tu terima tak?
pembacagosip replied at 4-11-2022 03:00 PM
Ahhhh ko pun sama mcm mak dia hahahhahhahahhakesian wei adik tu
harusss boikot lari jauh2
gamak se ...
jazaa100 replied at 4-11-2022 03:12 PM
Terima le....
Hensem namatee mamat tu.....
jazaa100 replied at 4-11-2022 07:12 AM
Terima le....
Hensem namatee mamat tu.....
ADVERTISEMENT