Majlis perkahwinan semestinya disambut meriah dan menggembirakan seluruh ahli keluarga. Bagi keluarga ini, majlis yang sepatutnya menggembirakan bertukar mimpi ngeri dan pasti tidak akan dilupakan selamanya.
Mana tidaknya, bakal pengantin lelaki berusia 24 tahun, Arun Kumar, merempuh ibu saudaranya sebelum maut dan mencederakan empat saudara yang lain. Kemalangan berlaku apabila dia memandu uji kereta yang baru dihadiahkan oleh keluarga pengantin perempuan kepadanya, dalam kejadian di daerah Etawah, Uttar Pradesh, India. Menurut laporan, Kumar baru sahaja ditugaskan di daerah Fatehpur dan bakal berkahwin dengan gadis dari Auraiya. Tragedi berlaku apabila keluarga pengantin perempuan memberikan kunci kereta kepada Kumar pada upacara 'tilak' sebelum pasangan disatukan sebagai suami isteri. Walaupun tak pandai memandu, Kumar tetap memandunya juga untuk mencuba dan mahu menunjukkan kepada tetamu yang datang ke majlis itu. Sebaik menghidupkan enjin, dia terus menekan pedal minyak yang akhirnya merempuh saudara mara yang berada di majlis. Ibu saudaranya Sarla Devi,35, maut di tempat kejadian selepas dilanggar dan empat lagi cedera parah. Salah seorang daripada mereka adalah kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dimasukkan ke hospital. Pihak berkuasa telah menahan lelaki itu sebaik menerima aduan dan dia akan didakwa menyebabkan kematian secara cuai, memandu secara terburu-buru dan kesalahan lain. - CARI Sumber: mStar Online/TOI
|
akusukaq replied at 4-11-2022 02:19 PM
Ini yg dikatakan mcm keling dapat kerete. Tak byk beza nya dgn monyet dapat bunga...
akusukaq replied at 4-11-2022 02:19 PM
Ini yg dikatakan mcm keling dapat kerete. Tak byk beza nya dgn monyet dapat bunga...
prettyuglybabe replied at 4-11-2022 02:43 PM
mesti miskin dapat pompuan kaya kan
margo20 replied at 4-11-2022 05:16 PM
Pengantin pompuan taktau ke bakal laki tak pandai drive? Patut bg motor je
Carcosa replied at 4-11-2022 04:52 PM
Padan muka semua yg disitu. Bodoh tak berpalang.
Bagus yg mampos tu makcik ko sendiri, tak langgar i ...
ADVERTISEMENT