|
Oleh : TS LOO
Kebiasaannya penuaan selalu dikaitkan dengan masalah kulit wajah sehingga terlupa bahawa rambut juga mengalamai masalah penuaan apabila uban dan keguguran rambut yang menyebabkan masalah botak menjadi petanda. sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/ Namun begitu ramai yang beranggapan bahawa masalah rambut serius seperti botak hanya dialamai oleh mereka yang meningkat usia, sedangkan pada hakikatnya golongan muda juga tidak terlepas daripada mengalami masalah ini.
sumber foto : http://a.abcnews.com/ Masalah keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal, tetapi jika berlebihan maka ia perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lebih serius. Banyak mitos sering dikaitkan dengan masalah keguguran rambut misalnya disebabkan kerap membasuh rambut, menyikat rambut, mewarna rambut, banyak berfikir dan sebagainya, sedangkan ia tidak berkaitan dengan masalah itu. Antara punca sebenar berlakunya masalah botak ialah genetik. Ia boleh diwarisi daripada kedua ibu bapa atau boleh berlaku atas tindak balas hormon dalam badan. Selain itu, kesihatan rambut turut dipengaruhi oleh pengambilan ubat-ubatan dan bahan kimia. sumber foto : http://kedaivitaminkita.com/ Pengambilan zat seperti kalsium dan zink boleh menyihatkan rambut. Walau bagaimanapun, jika mengambil terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Serangan autoimmune, jangkitan mikro organisma dan penyakit kulit juga menjadi punca kepada masalah rambut yang serius. Oleh itu, pencegahan awal perlu dilakukan lebih-lebih lagi oleh si jejaka yang mempunyai peratusan lebih tinggi berbanding wanita dalam masalah keguguran rambut. sumber foto :http://honey-care.com/ Untuk mengatasi masalah ini, langkah pencegahan seperti pengambilan nutrien secara seimbang amat digalakkan. Ini bukan sahaja dapat membantu kesihatan rambut, malah kesihatan tubuh badan juga turut terjaga. Apa yang paling penting, kebersihan kulit dan rambut perlu diberikan perhatian demi menjauhi masalah botak. Melindungi rambut daripada sinaran ultra lembayung juga antara cara terbaik untuk mengelakkan rambut gugur. - CARI Infonet |
|
9
![]() Bagus |
4
![]() Marah |
7
![]() Terkejut |
8
![]() Sedih |
9
![]() Lawak |
4
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Originally posted by supermod at 15-9-2007 01:42 PM
kalau ketrurunan, memang dah tak buleh..
ko carik je lah tunang baru![]()


..sebab dia pemalas....tokey salon yg kimb pegi tu pompuan..dulu dia botak depan..dia kata lepas dia pregnant rambut dia yg depan gugur banyak sampai botak ...so dia pakai ubat yg dia syorkan kat kimb tu..siap tunjuk gambar lagi..dulu dia botak depan
tekejut gak tgk...sebab pompuan botak kan..pelik kan...pastu tgk rambut dia skang...memang lebat elok ..cantik lak tu....tumbuh cam bese..tu pasal dia syorkan sape2 yg botak pakai ubat tu tak kira lah dia botak tu disebabkan keturunan atau kerja atau pemakanan...seme boleh tumbuh balik dia cakap...abg haku tu pemalas
hangat2 taik ayam..kalau tak rambut dia dah tumbuh elok dah..dlm family kitaorg dia je camtu..takde rambut kiri kanan
nanti kimb check apa nama ubat tu ek...rasanya susah kot nak jumpa..sebab tokey tu beli masa dia pegi japan dia cakap..tapi try laa tanya mana2 kot ada
muda lagik rambut dah kurang......tadi dia antor email dengan dengan teman........dia kata rambut dah mula tumbuh, teman rasa dah sebulan dia pakai..........barulah teman berani nak sembang sebab ada yg info ada perubahan.
ADVERTISEMENT