Kuala Selangor: Perjalanan seorang jururawat ke tempat kerja bertukar tragedi apabila wanita itu maut dalam kemalangan di Kilometer 47 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat persimpangan lampu isyarat Pekan Lama Kuala Selangor.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, wanita berusia 25 tahun meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Perodua Myvi dan sebuah lori jenis Isuzu. Menurutnya, siasatan mendapati mangsa yang juga jururawat sebuah hospital swasta dalam perjalanan dari rumahnya di Sabak Bernam menghala ke Shah Alam.
"Apabila melalui jalan selekoh, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah lori. "Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini. Ramli berkata, punca kematian mangsa masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata sepasukan sembilan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu. Beliau berkata, mangsa yang tersepit di bahagian pemandu dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas. -CARI Sumber: Harian Metro
|
blastoff replied at 4-11-2022 01:02 PM
AEFI VAKSIN ? Asyik terbabas je MANYAK dahhh keta sana sini . Adakah tengah bawak keta jadi sesak na ...
Triple_8 replied at 4-11-2022 01:44 PM
Walaupun begitu, aku tetap kesian kerana misi ini pasti sudah diugut kaw-kaw supaya ambil air such ...
tungkai replied at 4-11-2022 02:23 PM
Haaa....rumah kat Sabak Bernam keje kat Shah Alam...??? Bawak laju ke?
tungkai replied at 4-11-2022 02:23 PM
Haaa....rumah kat Sabak Bernam keje kat Shah Alam...??? Bawak laju ke?
slavehunter replied at 4-11-2022 02:14 PM
Yang paling keji adalah dikalangan Dr dan Nurse staff KKM yang mereka sendiri tak cucuk, sebab me ...
venom1 replied at 4-11-2022 02:26 PM
jauh tu..rela cari rumah sewa area Klang atau Shah Alam.
tungkai replied at 4-11-2022 02:23 PM
Haaa....rumah kat Sabak Bernam keje kat Shah Alam...??? Bawak laju ke?
caprut replied at 4-11-2022 08:11 PM
Kjer KKM mmg byk yg dok jauh2. Gaji bkn besar mana. Naik pangkat yg x seberapa dipindahkan jauh2. ...
matchstick replied at 4-11-2022 08:49 PM
Kejer nurse sepital swasta pun kira under kkm ke
caprut replied at 4-11-2022 09:18 PM
Mksudnya cmne tu
ADVERTISEMENT