CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malang Nasib Lelaki Lalok- Tertidur Selepas Mencuri, Siap Kena Belasah Teruk Oleh Orang Awam

4-11-2022 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1063| Komen: 1

KLANG – Seorang pencuri mendapat malang berganda apabila bukan sahaja tertidur kerana terlebih dos dadah malah dibelasah orang awam selepas memecah masuk sebuah kedai makan di sekitar Johan Setia.


Suspek berusia 23 tahun ditemui dalam keadaan cedera di kepala, muka dan badan dipercayai dipukul orang awam semasa tangkapan dilakukan pukul 9.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada peniaga kedai tersebut kira-kira pukul 8.30 pagi mengenai kejadian pecah masuk itu.

Katanya, pengadu turut memaklumkan meminta bantuan polis selepas berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan yang terbaring dipercayai bertindak mencuri barangan di kedai makan itu.


Gambar Hiasan


“Hasil siasatan mendapati suspek masuk melalui pintu bahagian belakang kedai dengan cara mengumpil mengunakan tangan.

“Suspek yang memasuki kedai itu dengan niat untuk mencuri namun telah tertidur kerana terlebih dos dadah yang diambil sebelum kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, hasil pemeriksaan mendapati tiada barangan hilang di dalam kedai dan suspek yang cedera itu telah dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan lanjut.

Hoong Fong menjelaskan semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah masuk premis dengan maksud hendak mencuri,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 4-11-2022 05:10 PM
hahahahahahahahhahahaha adan ukeee

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.147484 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top