Baru-baru ini, anak perempuan kepada pengasas kosmetik Dnars Allahyarham Faziani Rohban, Irdina Hakim Jasman memuat naik sebuah video di akaun TikTok yang memaparkan dirinya membuat kejutan untuk bapa kandungnya bersempena ulang tahun kelahiran.
Menerusi video yang berdurasi tiga minit itu, Irdina membuat kejutan kepada bapanya yang berada di hospital dengan menghadiahkan jambangan duit dan kek. Namun, apa yang menarik perhatian ialah kapsyen yang ditulis Irdina di mana dia mendakwa ‘seseorang’ melarang mereka adik-beradik untuk berjumpa dengan bapa kandung kerana sifat cemburu.
Lebih parah, arwah ibunya selalu menjadi mangsa ‘seseorang’ itu jika mereka bertemu dengan bapa kandung. “Dulu kami tak dapat jumpa sangat papa sebab kalau kami jumpa mami jadi mangsa oleh seseorang yang jealous dia akan marah mami. “Demi sayang mami, tak nak mami tersakiti jadi kami tak jumpa papa kami sebab hormat dengan manusia itu. “Selepas mami tak ada, kami dikhianati and now kami dah bebas untuk selalu berjumpa, happy birthday our beloved papa,” tulis Irdina di ruangan kapsyen. Kongsi Irdina, antara mereka adik beradik, dirinya paling dimanjakan oleh bapa kandungnya kerana dia merupakan anak perempuan tunggal. Tambah Irdina, bapa kandungnya teringat arwah Faziani setiap kali memandangnya kerana dikatakan seiras. “Dalam tiga beradik, Irdina antara yang paling dimanjakan maybe sebab I perempuan tunggal, extra kasih sayang la sikit. “Papa sedih kegembiraan setiap kali tengok Irdina… Katanya dia nampak mami dalam Irdina dan suka pegang jari jemari Irdina katanya mengingat kepada jari jemari arwah mami,” kongsinya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet sebak dan bersimpati melihat nasib yang dihadapi mereka sekeluarga. -CARI Sumber: XTRA
|
manehnya: mmm tah la, masa hidup maminya ...
cikatilia replied at 4-11-2022 12:02 PM
product depa ni pon ada merkuri kan?
makita replied at 4-11-2022 12:29 PM
Byk kali kene black list sebelum menjadi arwah. Mmg la byk bersedekah..meninggal pon sbb perjalana ...
Lily_Elizabeth_ replied at 4-11-2022 01:36 PM
Beli ni je you. Hatomugi.
Kulit jadi supple. Lepas tu pakai le sunblock annesa.
Kulit jadi lawa.
Roan replied at 4-11-2022 01:49 PM
Sama guna produk jepun kat watson je.. senka perfect whip - hatomugi - Aneesa sunscreen
Lily_Elizabeth_ replied at 4-11-2022 01:36 PM
Beli ni je you. Hatomugi.
Kulit jadi supple. Lepas tu pakai le sunblock annesa.
Kulit jadi lawa.
Lily_Elizabeth_ replied at 4-11-2022 01:36 PM
Beli ni je you. Hatomugi.
Kulit jadi supple. Lepas tu pakai le sunblock annesa.
Kulit jadi lawa.
kechikchomel replied at 4-11-2022 05:17 PM
Untuk oily combination ok tak
ADVERTISEMENT