Pendakwah bebas, Ebit Lew menghadiahkan sebuah kereta buat ibu tunggal Azimah Abd. Rahim, 37, yang tular kerja sebagai penghantar makanan sambil mengendong anaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) buta.
Ebit berkata, melihat keadaan Azimah, turut membuatkan beliau sebak dan sayu ketika menziarahinya di rumahnya semalam. “Menangis akak terharu dalam kereta sambil peluk anaknya. Tak sangka dapat rezeki begini. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan. “Hari ini kami hadiahkan sebuah kereta supaya akak ni boleh kerja menghantar barang dan makanan menggunakan kereta,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Selain itu, Ebit memberitahu, dia dan pasukannya juga telah mencarikan sebuah rumah tahun lalu untuk Azimah termasuk menyediakan bayaran sewa bulanan sehingga kini. “Kami cuba bantu nak carikan pengasuh, tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana memelukan perhatian 24 jam daripada ibunya. “Menangis bila jumpa akak ni. Katanya dari arwah maknya ingin jumpa saya. Setiap hari doakan saya,” ujarnya. Terdahulu, kisah Azimah kembali mendapat perhatian selepas gambarnya menaiki motosikal bersama anaknya Nurainul Zahirah Rashidi, 6 dimuat naik Kosmo! Online. Sumber: KOSMO! ONLINE |
margo20: I wonder how long it will lasts
putriTS replied at 4-11-2022 12:40 PM
I kenal perempuan ni....ayah dia ada gerai nasi campur kat Bangsar. Dulu masa I still duduk sana mem ...
putriTS replied at 4-11-2022 12:40 PM
I kenal perempuan ni....ayah dia ada gerai nasi campur kat Bangsar. Dulu masa I still duduk sana mem ...
mamajawie replied at 4-11-2022 12:34 PM
jangan kata viva iollss pakai axia stiap bulan lampu enjin tu menyala..asyik reset je keje iollss ...
putriTS replied at 4-11-2022 12:40 PM
I kenal perempuan ni....ayah dia ada gerai nasi campur kat Bangsar. Dulu masa I still duduk sana mem ...
Suchi replied at 4-11-2022 08:25 PM
Iols ada jumpa fb dia, dia ada byk fb gak. Dia dah 2 kali kahwin. Dgn suami pertama dia ada anak y ...
naina replied at 4-11-2022 01:36 PM
Kita dia bukan la.orang susah kan
Agaknya tu penghantar makanan dari kedai bapak dia
ADVERTISEMENT