CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Mati Terjatuh Dari Ketinggian 40 Kaki, Sempat Selfie Sebelum Tergelincir

4-11-2022 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1384| Komen: 1

Seorang remaja perempuan maut selepas terjatuh dari atas bumbung ketika cuba mendapatkan telefon bimbitnya.

Melike Gun Kanavuzlar, 15, sebelum itu sempat mengambil swafoto (selfie) dari atas bumbung apabila telefon bimbitnya terjatuh.


Gadis itu cuba mendapatkan kembali telefon tersebut, namun dia tergelincir dan kehilangan keseimbangan badan menyebabkannya terjatuh dari ketinggian 40 kaki (12 meter) di atas tanah.


Foto: Daily Star

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar bangunan empat tingkat itu merakam detik ngeri ketika gadis berkenaan jatuh ke tanah.


Menerusi rakaman tersebut, kelihatan seorang pejalan kaki sempat mengangkat telefon bimbit milik Melike yang turut terjatuh atas tanah, sebelum dikejutkan dengan sosok remaja malang itu yang jatuh beberapa saat kemudian.

Tragedi itu berlaku di bandar Ortaca, wilayah Mugla, di barat Turki.

Pasukan paramedik dan polis yang tiba di tempat kejadian segera membawa remaja yang cedera parah itu ke hospital.

Mangsa dipindahkan ke unit rawatan rapi di mana dia bertarung nyawa selama 18 hari sebelum meninggal dunia.

Upacara pengebumian Melike dilakukan pada Ahad, 30 Oktober lalu. -CARI

Sumber: mStar/ Dailystar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 4-11-2022 05:09 PM
sian ekkk. rip

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.030496 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top