CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lari Dari Hospital Lepas Bersalin, Ibu Bapa Tergamak Tinggalkan Anak Cacat

4-11-2022 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1301| Komen: 6

Gara-gara dilahirkan dengan wajah yang kurang sempurna, lelaki ini 'dibuang' oleh ibu dan bapa kandungnya sendiri.

Jono Lancaster dilahirkan dengan Sindrom Treacher Collins, yang menyebabkan dia dilahirkan tanpa tulang pipi dan rahang yang kurang berkembang, serta memerlukan alat bantuan pendengaran.

Disebabkan keunikan wajahnya itu, ibu dan bapa kandung Jono yang tidak dapat menerima hakikat, bertindak meninggalkannya di hospital.


Foto: Daily Star

Semasa zaman kanak-kanaknya, Jono mereka-reka cerita lain mengapa ibu bapanya meninggalkannya.


Tetapi apabila semakin dewasa, Jono mendapat tahu perkara yang mengejutkan mengenai mengapa ibu dan bapa kandungnya memilih untuk meninggalkannya di hospital.

Ketika berusia 24 tahun, Jono diberikan dokumen yang tertulis, "Kedua-dua ibu bapa terkejut dengan penampilan anak, kedua ibu bapa tidak dapat merasakan ikatan dengan anak, kedua ibu bapa meninggalkan hospital 36 jam kemudian dan meninggalkan bayi tersebut".

Melalui masa yang sukar kerana membesar dengan menerima layanan yang berbeza dek kerana keadaannnya, Jono kini menggerakkan badan amal khusus bagi individu yang dilahirkan dengan situasi sama.

Jono turut berkongsi kisah inspirasinya di LadBibleTV. - CARI

Sumber: mStar/ Dailystar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 4-11-2022 11:05 AM
Kalau yg camni plastic surgery boleh buat ke ek nak tambah tulang pipi tu
Quote esbok 4-11-2022 11:07 AM
lepas jumpa orang mcm ni, yang buat insaf. takde dah kalau nak ambik gmaba buat muka buruk ke pelik2 ke, sbb ada manusia mmg hidup seumur hidup dgn gaya muka bukan2 yang orang suka buat bila bergambar.
Quote Thunderclouds 4-11-2022 11:34 AM
Ex kelig opis lama mcm ni. And yes,dia pki hearing aid. Xpenah tnya or tahu pasal apa dia sekian2.
Quote lolita737 4-11-2022 12:54 PM
kesiannya..tapi bagus dia buat keje amal..
Quote lattehazelnut 4-11-2022 01:02 PM
Kesiannye..
Rejection from org lain ok lg.. ni ibu bapa sendiri..
Padahal dna kau jugak..
Quote Adrif 4-11-2022 03:12 PM
rasanya baru haritu tengok diorang interview dia ni. dah kawen dah, happy family sekarang ni.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.040461 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top