CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Perform Di Ranjang, Enam Orang Mati Telan Ubat Perangsang Seks

4-11-2022 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 961| Komen: 2

Seramai enam penduduk Colombo yang mengambil ubat untuk meningkatkan dorongan seksual tanpa nasihat perubatan telah meninggal dunia dalam tempoh tiga bulan lepas.


Perkara itu didedahkan oleh Koroner Tambahan Colombo, Iresha Deshani Samaraweera, baru-baru ini.

"Kebanyakan mangsa berusia 20 hingga 25 tahun.

"Terdapat juga mereka yang berada dalam kategori umur 40 hingga 45 tahun," ujarnya.


Gambar Hiasan

Menurut Samaraweera, ramai yang menerima kesan buruk selepas menggunakan ubat berkenaan tanpa nasihat doktor.


“Ubat yang digunakan untuk meningkatkan pengalaman seksual tidak boleh diambil tanpa nasihat perubatan.

"Jangan ambil tanpa berunding dengan doktor anda. Di seluruh dunia, orang ramai menyalahgunakan ubat ini dan menghadapi akibat yang serius.

"Ubat-ubatan ini dicipta untuk merawat keadaan perubatan,” pesan Samaraweera lagi. -CARI
Sumber: MStar/ The Island Online.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 4-11-2022 05:08 PM
adan ukeeee
Quote Triple_8 4-11-2022 05:12 PM
Apsal pulak kondom pojaan ummah T20 kena sensor dalam gambar atas?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.235280 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top