Tular video lukisan-lukisan menyeramkan hasil tangan kanak-kanak. Melalui video dikongsikan seorang ibu menerusi akaun TikTok @nicky_13101, dia awalnya hanya mahu memeriksa buku kerja sekolah anaknya.
Terlihat banyak gambar-gambar yang dilukis di dalam buku tulisan. Menurut wanita itu, niatnya hanya untuk memeriksa sahaja buku anaknya, namun apa yang dilihat telah mengejutkannya. Dia juga tidak menyangka anaknya akan melukis lukisan itu. Justeru, wanita itu bertanya kepada warganet tentang anaknya yang berkemungkinan menghadapi tekanan perasaan.
TikTok Hasil tinjauan Murai MY ke ruangan komen video tersebut, ramai menyaran dan menasihatinya supaya membawa kanak-kanak itu untuk dirujuk ke hospital. Ada juga yang mengatakan lukisan anaknya merupakan lukisan berunsurkan masalah mental. Ramai juga turut berkongsi pengalaman mereka mengenai orang terdekat mereka juga menghadapi perkara sama seperti anaknya. Sumber: Murai |
star_karat replied at 4-11-2022 07:49 AM
Cantik lah drawing. Mcm Van Gogh. Ada harga ni klu letak kat pameran.
ADVERTISEMENT