CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warkah Terbuka Annuar Musa Buat Sahabat Yang Terluka

3-11-2022 11:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2213| Komen: 20

Tan Sri Annuar Musa menasihatkan rakan seperjuangan yang digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) supaya tidak meninggalkan perjuangan.


Menerusi catatan di Facebook (FB) yang bertajuk 'Warkah Terbuka Buat Sahabat Yang Terluka Atau Kecewa' itu, beliau menasihatkan bahawa perjuangan perlu diteruskan dan jangan 'membakar jambatan' walaupun mendakwa beliau dan rakan senasib diaibkan kerana perjalanan masih panjang.

Presiden Muafakat Nasional (MN) Malaysia itu memberikan kata nasihat bahawa marah jangan dibalas marah, hutang darah tak perlu dibayar darah.


IG Annuar

"Kembalilah memimpin anak dan adik-adik kita yang bertatih. Pulihkan jentera yang berduka. Jika tidak berupaya memenangkan, setidaknya jangan mengalahkan. Parti perlu didahulukan.

"Teruskan semangat muafakat dan perpaduan. Tolak keangkuhan dan kesombongan. Jangan jadikan parti perisai badan melindungi kecurangan. Amanah rakyat jangan sia-siakan dan curang.

"Terima seadanya soal pencalonan dengan kesabaran. Rapatkan semula saf dan terus berjuang," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Ketereh.

Selain beliau, antara calon yang digugurkan adalah penyandang kerusi Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim, Parlimen Tenggara Datuk Seri Dr Adham Baba, Parlimen Kota Tinggi Datuk Halimah Mohamed Sadique, Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin, Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib, Parlimen Jasin Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Parlimen Kuala Kangsar Datuk Mastura Mohd Yazid.

Nama mereka sah digugurkan dalam pengumuman calon BN oleh Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Isnin.

Terdahulu dalam hantaran lain di FB, Annuar menunjukkan beliau berjiwa besar apabila merestui Marzuani Ardila Ariffin yang dipilih pucuk pimpinan BN untuk mengisi borang pencalonan bagi bertanding di kerusi Parlimen Ketereh.

Annuar berkata, beliau sentiasa konsisten dengan pendirian supaya Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh itu meneruskan dan menerima keputusan pucuk pimpinan parti.


Sumber: Harian Metro







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 4-11-2022 09:04 AM
mak mertua MF tak tercalon lagi
Quote mamajawie 4-11-2022 09:48 AM
korang sume da kaya raya sakau duit sejak jadi MP..bagi la can kat orang lain lagi2 si tua arau tu..
Quote bungarose 4-11-2022 09:57 AM
Datang orang baru..................cekau untuk keturunan deyols laks
Quote renko 4-11-2022 10:11 AM
hahahahahahahah
tiba2 lompat ke lain plak
Quote Clan204 4-11-2022 10:11 AM
statement nak selamatkan diri je ni... takut2 lepas bn menang nnt kes skrg semua tarik naik lak kes baru geng2 yg ni... hahaha
Quote KamikuP 4-11-2022 10:29 AM
Bagus lah, yg tua2 mereput mohon jgn bertanding duduk rumah jaga cucu
Quote ezacbee 4-11-2022 10:50 AM
Dah tua kan... nak sedih pebenda. Tak jadi MP pun boleh buat kerja amal.
Quote Kitty_catz 4-11-2022 02:15 PM
benci nengok geng2 umngok.. mmg terpanchar2 ritual warlord deme ciom2 tangan ciom2 bontot itew

si malaun ni pun sama... tak sampai epot pun balaci dah tunggu utk angkat hand carry luggage heols... eee nengok pun rasa nak baling selipar..

tangan pun basuh berak lagi mau ciommmmm? .. ke kut deme berak pun ada yg tolong basuh lubang juborrr?

Quote Orenn1 4-11-2022 02:20 PM
Bukan dia ni dah buat parti baru ke dua tiga hari lepass? aku dah pening uols
Quote venom1 4-11-2022 02:24 PM
Kitty_catz replied at 4-11-2022 02:15 PM
benci nengok geng2 umngok.. mmg terpanchar2 ritual warlord deme ciom2 tangan ciom2 bontot itew

si  ...

Parti lain ok ek? semuanya bersih ek? tak ada yg sakau duit untuk keturunan dema ek? parti lain sayang bumiputera ek? Parti apa tu nak juga pangkah PRU nanti.
Quote Kitty_catz 4-11-2022 02:24 PM
venom1 replied at 4-11-2022 02:24 PM
Parti lain ok ek? semuanya bersih ek? tak ada yg sakau duit untuk keturunan dema ek? parti lain sa ...

undi tu rahsiaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote venom1 4-11-2022 02:27 PM
Kitty_catz replied at 4-11-2022 02:24 PM
undi tu rahsiaaaaaaaaaaaaaaaaa

kalau rahsia tak perlu nak kondem parti orang. senyap2 udoh. Kita pangkah kat kertas undi je
Quote Belibis 4-11-2022 02:29 PM
Kesiannnnnn..dah ler bertan tan gula2 ditabur kat ketereh..sekali nan hado...mau tak meroyan.
Quote Skuau 4-11-2022 02:29 PM
venom1 replied at 4-11-2022 02:24 PM
Parti lain ok ek? semuanya bersih ek? tak ada yg sakau duit untuk keturunan dema ek? parti lain sa ...

Mari kita tengok..sapa yg kena...selepas...PRU15.
Quote renko 4-11-2022 02:29 PM
lau dpt jd calon
xdenya dia ni berwarkah2 bagai
silap2 g cium tangan wak
Quote venom1 4-11-2022 02:30 PM
Skuau replied at 4-11-2022 02:29 PM
Mari kita tengok..sapa yg kena...selepas...PRU15.

lagi better..biar kita pilih di kertas undi. bergaduh kat media sosial tak berguna. silap2 ke 'dalam' kita. tak sempat mengundi nanti.
Quote kakikuDibibirmu 4-11-2022 02:33 PM
Kitty_catz replied at 4-11-2022 02:15 PM
benci nengok geng2 umngok.. mmg terpanchar2 ritual warlord deme ciom2 tangan ciom2 bontot itew

si  ...

mari bercium tangan :









Shila Amzah:








cium tangan mop 1Mulaysia:





robengah sihat Rais Orphan 1Minangkabau:



Quote Kitty_catz 4-11-2022 02:35 PM

hamboihhh  banyak koleksi ciom2 tangan kaka kaki
Quote zulfahmimaidin 4-11-2022 02:36 PM
aku tgk ketereh skrg cam 20 tahun dlu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.038962 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top