CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwaan Pelajar Perempuan Didenda Melutut, Angkat Tangan Semasa Perhimpunan Tak Benar

3-11-2022 11:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1352| Komen: 7

Dakwaan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah dekat Tasek Gelugor berhubung dirinya didenda seorang guru berikutan memakai kasut jenis berpelekat didapati tidak benar. 


Ia selepas hasil siasatan polis ke atas beberapa saksi di sekolah berkenaan mendapati mereka tidak melihat kejadian yang didakwa pelajar terbabit berlaku.


The Star

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad, berkata polis menerima laporan yang dibuat pelajar sekolah terbabit pada jam 10.43 malam kelmarin berhubung insiden yang didakwa menimpanya.

"Pelajar yang baharu bertukar ke sekolah itu pada bulan lalu mendakwa semasa perhimpunan, dia didenda melutut sambil mengangkat tangan oleh seorang guru kerana memakai kasut jenis berpelekat.

"Dia juga mendakwa semasa dalam perjalanan ke kelas guru itu turut memotong tali berwarna merah yang dipakai di pergelangan tangan, termasuk menyuruh membuang titik hitam dan tanda putih di dahi pelajar berkenaan.

"Kesemua peristiwa itu kemudian diceritakan kepada bapa pelajar terbabit sebelum mereka datang ke balai membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, bertindak melalui laporan itu polis ke sekolah berkenaan bagi menjalankan siasatan dan mendapatkan keterangan daripada beberapa pelajar serta guru.

"Kesemua saksi yang ditemubual memaklumkan bahawa mereka tidak nampak kejadian seperti yang didakwa dan tali merah yang dipakai pelajar itu serta titik hitam dan tanda putih di dahi masih ada selepas tamat waktu persekolahan.

"Polis juga turut menerima laporan polis yang dibuat guru perempuan yang didakwa pelajar terbabit hari ini yang mana guru itu menafikan semua dakwaan terbabit," katanya.

Mohd Radzi berkata, polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi tidak benar membabitkan kes penghinaan terhadap agama kerana ia boleh menjejaskan keharmonian agama.

"Pihak polis sangat memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terbabit," katanya yang akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, beberapa portal berita melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah didenda dengan diminta melutut sambil mengangkat tangan di atas jalan tar ketika perhimpunan apabila didapati memakai kasut berpelekat.


Sumber: Harian Metro







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 3-11-2022 11:45 PM
dulu kita 1 kelas darjah 3 cikgu ukum berlutut atas meja selama 40 minit..sakit lutut dan hati...dibuatnya...
Quote I.K.A888990 4-11-2022 02:04 AM
budak2 zmn skrg
Quote MisXoXo 4-11-2022 05:06 AM
Mngkin kenyataan bdk ni benerr..dhle bdk baru..mngkn nk dpt sokongan org tu mmg idok leeee
Quote scorpionkiki 4-11-2022 07:21 AM
MisXoXo replied at 4-11-2022 05:06 AM
Mngkin kenyataan bdk ni benerr..dhle bdk baru..mngkn nk dpt sokongan org tu mmg idok leeee

Brp banyak budak hindu kat malaysia ni tak pernah kena pun. Ni tiba2 kena kat dia. Bdk tu kot malu pakai  tp takut nak bg tahu parents dia. Bdk2 mana mau lain dr yg lain...depa nak blended dgn bdk2 lain
Quote batmana 4-11-2022 07:33 AM
Byk tgk Cite Tamil ni..

Cm budak MRSM ke apa ..kata Kene buli..siap amik gmba bagai..skal kantul l semua kronologi ikut drama Korea

Byk sgt tgk Cite Korea..saja buat fitnah psl nk tukar sekolah..
Quote tompie 4-11-2022 09:10 AM
scorpionkiki replied at 4-11-2022 07:21 AM
Brp banyak budak hindu kat malaysia ni tak pernah kena pun. Ni tiba2 kena kat dia. Bdk tu kot malu ...

Aku setuju dengan deduction ni..
Budak ni pun mungkin ahh tak expect reaction parent dia mcm tu..

Dahlah sekarang ni sibuk nak PRU, abis semua jadi isu. Semua pun nak defend budak ni
Quote ally9970 4-11-2022 11:09 AM
Dan Dap pun menonggang isu ni, especially time2 nak pru ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.032141 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top