Seorang pejalan kaki maut di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah lori tangki di Kilometer 69.7 Lebuhraya Karak menghala ke Kuantan di Bentong, semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, identiti mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu masih belum dikenal pasti. Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika lori tangki yang dalam perjalanan dari Raub menuju ke Bahau, Negeri Sembilan. Nahas itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.
“Apabila sampai di lokasi, seorang lelaki dipercayai warganegara tempatan tiba-tiba berjalan ke tengah jalan lalu dilanggar oleh lori tangki yang berada di lorong kiri jalan,” kataya menerusi kenyataan. Tambah Zaiham, pihak Hospital Bentong telah mengesahkan kematian mangsa akibat kecederaan parah di kepala. Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Zaiham memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan. Pihak polis juga memohon sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga atau kenalan boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Gibil Rasiah di talian 013-8626806. Sumber: MalaysiaGazette |
shernazz replied at 4-11-2022 07:53 AM
Menyusahkan orang
Dah mati pung kena maki dek yang hidup
Trrjun sungai sudah la
shernazz: Menyusahkan orangDah mati pung kena maki dek yang hidupTrrjun sungai sudah la
grouper replied at 4-11-2022 08:20 AM
Bomba plak kena angkut bot n selam dlm air nak cari mangsa...
ADVERTISEMENT