CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Jadi Ketua Unit Daish Dipenjara 20 Tahun

3-11-2022 11:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 628| Komen: 0

Mahkamah di Amerika Syarikat (AS) menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang wanita negara itu pada Selasa kerana menubuhkan dan mengetuai batalion militan Daish yang dianggotai wanita, untuk berperang bagi pihak kumpulan pengganas di Syria, menurut Jabatan Kehakiman.


Agensi Anadolu melaporkan Allison Fluke-Ekren, 42, mengaku bersalah pada Jun serta mengaku bersubahat untuk memberikan sokongan material atau sumber kepada organisasi pengganas asing itu.


AFP

Dia mengakui menubuhkan Khatiba Nusaybah dan melatih lebih 100 wanita dan kanak-kanak perempuan termasuk beberapa orang berusia seawal 10 tahun untuk berjuang bagi pihak Daish mempertahan bekas ibu kotanya Raqqah di Syria, menurut jabatan itu.


Fluke-Ekren, seorang guru terlatih dari negeri Kansas yang memeluk Islam, adalah wanita AS pertama yang didakwa dengan jayanya atas peranan kepimpinannya dalam kumpulan pengganas antarabangsa itu, lapornya.

Dokumen mahkamah menyebut pada 2008 Fluke-Ekren berpindah ke Mesir bersama suami keduanya, Volkan Ekren, ahli kumpulan pengganas Ansar al-Sharia yang kemudian meninggal dunia, sebelum berpindah ke Libya pada 2011.

Pada 2012, wanita itu mengembara dari Libya ke Turkiye dan kemudian ke Syria yang berada di tengah-tengah konflik yang semakin meningkat.

Suaminya menjadi ketua Daish sebagai penembak tepat di Syria pada 2014, dan pada masa itu, Fluke-Ekren bercakap mengenai hasratnya untuk melancarkan serangan ke atas AS, seorang saksi memberitahu mahkamah.

Pada 2016, dia dilantik untuk mengasas dan mengetuai "pusat wanita" di Raqqah, dan melatih wanita dan gadis dalam penggunaan senapang AK-47, bom tangan dan tali pinggang bunuh diri.

Khatiba Nusaybah secara rasmi memulakan operasi pada Februari 2017 apabila penguasaan wilayah Daish mula jatuh di Syria. Raqqah jatuh pada bulan Oktober tahun itu.

Fluke-Ekren cuba melarikan diri dan meminta seseorang untuk memberitahu keluarganya bahawa dia meninggal dunia di Syria untuk mengelak daripada ditangkap, menurut perjanjian rayuannya.

Dia dibawa ke AS pada Januari selepas ditahan di Syria.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.036652 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top