Georgetown: Kerani syarikat swasta berputih mata selepas wang dalam akaun miliknya berjumlah RM150,000 lesap selepas dipindahkan kepada pihak ketiga tanpa pengetahuannya.
Kehilangan wang di dalam akaun itu disedari mangsa selepas dia menerima notifikasi dari pihak bank selepas gagal membuat bayaran kepada ejen yang menawarkan pakej percutian murah. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pada Sabtu lalu, mangsa yang juga wanita berusia 55 tahun dari Jalan Datuk Keramat di sini, tertarik dengan iklan pakej percutian ke Semporna, Sabah yang menawarkan harga rendah. Katanya, tertarik dengan pakej bernilai RM6,294, mangsa menghubungi ejen menerusi pautan aplikasi WhatsApp yang diberi sebelum diminta butiran diri termasuk nombor kad pengenalan. "Mangsa kemudian diminta memuat turun aplikasi bagi memilih pakej percutian berkenaan dan dikehendaki mengisi nama pengguna serta kata laluan Maybank2U untuk tujuan pembayaran. " Mangsa kemudian menerima notifikasi mengatakan pembayaran itu tidak berjaya sebelum mendapat pesanan ringkas dari pihak bank yang mendakwa berlaku pemindahan wang daripada akaun mangsa berjumlah RM150,000 ke akaun pihak ketiga tanpa pengetahuannya. "Mangsa dipercayai mahu menukar semula kata laluan pada aplikasi itu namun sudah terlambat apabila mendapati semua wangnya sudah lesap," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini, hari ini. Mengulas lanjut Soffian berkata, dalam perkembangan sama, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil sepanjang 1 Januari hingga Oktober lalu, sudah membuka sebanyak 21 kertas siasatan membabitkan penipuan tawaran khidmat pembersihan dengan kerugian berjumlah RM206,069. Katanya, kes berkenaan menggunakan modus operandi sama seperti penipuan pakej percutian yang mana mangsa tertarik dengan tawaran harga murah sebelum menekan pautan pada iklan dan diminta memuat turun aplikasi bagi tujuan pembayaran. "Seterusnya wang di dalam akaun mangsa juga berkurangan dengan cara dipindahkan ke akaun pihak ketiga tanpa pengetahuan. "Mengikut statistik, tujuh lagi kertas siasatan dibuka di IPD Seberang Perai Tengah (SPT), IPD Barat Daya (enam), IPD Seberang Perai Selatan (empat) dan tiga di IPD Seberang Perai Utara dengan membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM671,826 bagi lima daerah di negeri ini, " katanya lagi. Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Kanun Keseksaan kerana menipu. "Masyarakat dinasihati supaya berwaspada dengan tawaran atau iklan di laman sosial dan jangan mudah percaya kepada individu yang baru dikenali. "Orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan setempat 'CCID Scam Response Center' di talian 03-26101599 atau layari laman Facebook Cyber crime Alert Royal Malaysia Polis dan CCID Penang bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes penipuan terkini," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
she replied at 3-11-2022 07:47 PM
Bukan bank tu tak selamat
Tapi sape suruh bagi password kat orang?!
samperit replied at 3-11-2022 07:57 PM
"Mangsa kemudian diminta memuat turun aplikasi bagi memilih pakej percutian berkenaan dan dikehend ...
dua_chzy replied at 3-11-2022 07:48 PM
Takda menteri/parti nak jadikan hapuskan scammer sebagai manifesto?
dua_chzy replied at 3-11-2022 07:46 PM
6k untuk pi Semporna tu pun dah cukup scamming dah. Ko takyah bayar 6k untuk datang Semporna acik. B ...
dua_chzy replied at 3-11-2022 07:46 PM
6k untuk pi Semporna tu pun dah cukup scamming dah. Ko takyah bayar 6k untuk datang Semporna acik. B ...
she replied at 3-11-2022 08:02 PM
Aah gitulahhh sayammm
Memang idok ler logik tiber apps tu minta password dengan credential bagai
akusukaq replied at 3-11-2022 12:11 PM
Paymentt utk satu famili kut. Selalu nya kalu sorang pakej ke Semporna dlm 1.5 k je all in
margo20 replied at 3-11-2022 07:44 PM
Kesiannye simpan dlm bank tak selamat simpan dlm epf tak bole enjoy pulak
ADVERTISEMENT