Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menasihatkan penunggang motosikal supaya berhati-hati ketika menunggang motosikal di garisan putih jalan raya kerana boleh mengakibatkan penunggang tergelincir dan hilang kawalan.
Nasihat itu susulan tular video di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal yang hilang kawalan sewaktu melalui garisan putih jalan raya sebelum terjatuh di lorong kecemasan. Berikutan itu, JSPT mengeluarkan notis risiko garisan putih jalan raya kepada penunggang motosikal pada Instagram @pdrmsia_trafik selain Facebook. “Garisan jalan merupakan tanda pada turapan jalan yang bertujuan memberi panduan dan amaran kepada pengguna jalan raya.
“Bahan yang digunakan pada permukaan jalan terdiri daripada garisan memanjang dan melintang serta penanda jalan seperti anak panah, simbol dan perkataan untuk memastikan aliraan trafik teratur dan lancar,” katanya. Dalam pada itu, JSPT juga mengingatkan penunggang motosikal supaya selalu memastikan tayar motosikal tidak botak dan elakkan daripada melalui atas garisan putih tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. – CARI Sumber: Kosmo
|
Miss_LoveLeen replied at 3-11-2022 09:13 PM
Pernah berlaku depan mata meolss 27 tahun lalu. Sepasang kapel naik motor lalu & terbrake masa atas ...
esbok replied at 4-11-2022 10:25 AM
aku ni kalau tgk org pakai shorts , seriau. tak terpikir ke kalau jatuh ke apa ke. kulit kaki tu s ...
Miss_LoveLeen replied at 8-11-2022 12:41 AM
Iye kaka es. Minah tu memang tersagat lutut, betis. Aduii tetiba rasa ngilu
venom1 replied at 8-11-2022 07:29 AM
selain line putih yang licin tu perhatikan juga line penyambung jejambat di lebuhraya. pernah hampir ...
esbok replied at 8-11-2022 08:41 AM
kau jangan sis, nama cik es tu berhantu kat cariporum ni
ADVERTISEMENT