CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tembak Peluru Pun Tak Tembus, 10 Tahun Tak Potong Rambut Sebab Takut Jadi Mangsa Roh Jahat

3-11-2022 06:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1693| Komen: 9

BANGKOK – Seorang wanita di wilayah Trang, Thailand mengaku bahawa dia tidak pernah memotong rambutnya selama lebih 10 tahun kerana bimbang menjadi mangsa roh jahat, lapor laman berita Thaiger.


Natcha Thong-iab, 50, memiliki rambut sepanjang 1.17 meter. 

Penduduk setempat turut mempercayai rambut wanita berkenaan adalah istimewa dan boleh mencegah nasib malang serta menjauhkan orang ramai daripada bahaya.


Foto: Daily News

Selepas memotong rambutnya 10 tahun lalu, Natcha jatuh sakit selama tujuh hari dan semenjak itu, dia membuat keputusan untuk tidak lagi memotong rambutnya.


Selain itu, Natcha turut terkejut apabila mendapati rambutnya saling melekat dan menjadi kusut selepas bangun daripada tidur pada suatu hari.

Dia pernah meminta seseorang memotong rambut itu dan membaiki keadaan kusut tersebut, namun Natcha kemudian jatuh sakit selama beberapa hari.

Menurut wanita berkenaan, pada satu malam, dia bermimpi didatangi seorang lelaki yang memberitahu bahawa rambutnya adalah istimewa. Lelaki berkenaan turut menyuruh Natcha menembak rambutnya menggunakan pistol dan memberi jaminan peluru tersebut tidak akan menembusi rambutnya.

Keesokan paginya, Natcha melakukan apa yang disuruh dan dia terkejut apabila mendapati peluru pistol sememangnya tidak dapat menembusi rambutnya. Ia membuatkan wanita itu semakin percaya mengenai ‘keistimewaan’ rambutnya.

Sementara itu, seorang pensyarah Jabatan Biologi Fakulti Sains Universiti Chulalongkorn, Jatesada Denduangboriphan berkata, Natcha dan mana-mana wanita yang memiliki rambut seperti itu sepatutnya berjumpa doktor.

Menurutnya, keadaan rambut Natcha mungkin berlaku akibat bahan kimia yang terkandung dalam syampu, kekurangan lembapan atau kelainan pada bahan salutan rambut. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 3-11-2022 07:35 PM
Uish smpai sini bau masham tu
Quote Skuau 3-11-2022 08:10 PM
meniaga 'rambut kebal' la nek...rasanya ramai perompak kt luar sana yg nak...
Quote CiliPadiSedap 3-11-2022 08:13 PM
confirm acik ni ilmu kungfu dia power
Quote buapakperut 3-11-2022 10:55 PM
Eehhhwww mesti kepam
Quote I.K.A888990 4-11-2022 01:59 AM
tahan plak dia eh dgn bau rambut
Quote awenda507 4-11-2022 02:08 AM
Mesti bau kepam
Quote rosedemon 4-11-2022 10:16 AM
adui da  macam akar kayu
Quote Supersirap 4-11-2022 10:33 AM
Berat tengok rambut tu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.037026 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top