CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setiausaha Politik Shamsul Anuar Buat Laporan Polis Isu Surat Aku Janji Calon Umno

3-11-2022 05:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1192| Komen: 5

Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Azizan Md Zain membuat laporan polis berhubung pemalsuan surat aku janji calon Umno Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


Terdahulu, satu surat didakwa surat 'Aku Janji' parti itu menyatakan calon bertanding wajib menyokong Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri tular di media sosial sejak 30 Oktober lalu.

Azizan berkata, surat berkenaan kononnya ditandatangani Shamsul Anuar pada 30 Oktober lalu antara lain berikrar akan mencalonkan dan menyokong Ahmad Zahid sebagai calon Perdana Menteri adalah fitnah serta berunsur jahat.


Laporan polis berhubung pemalsuan surat aku janji calon Umno pada PRU-15 di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini. 

FOTO Nurul Hidayah Bahaudin/Harian Metro

"Saya berjumpa dengan Datuk Seri (Shamsul Anuar) selepas itu di pejabat dan bertanyakan kepada beliau kesahihan surat itu dan dimaklumkan bahawa beliau tidak pernah menandatanganinya. Ia adalah palsu dan tidak benar.

"Saya percaya surat berkenaan yang sedang tular itu adalah satu tohmahan serta fitnah jahat untuk menjejaskan nama baik Datuk Seri (Shamsul Anuar), Ahmad Zahid dan parti BN (Barisan Nasional)," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya membuat laporan bagi membolehkan polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kes berkenaan.

"Saya mohon polis siasat pihak yang bertanggungjawab mencipta dan menyebarkan surat aku janji palsu itu dan membawa mereka ke muka keadilan," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Umno menafikan kewujudan aku janji ikrar calon parti untuk mencalonkan dan menyokong Ahmad Zahid sebagai calon Perdana Menteri.

Sebaliknya, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, isi kandungan aku janji yang ditularkan itu adalah fitnah jijik kepada Umno dan BN.

Malah, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin juga menafikan kandungan surat aku janji itu dan memaklumkan surat aku janji ditandatanganinya ada kaitan dengan lompat parti dan kesetiaan kepada parti dengan kepala surat BN.

Beliau turut menegaskan bahawa calon Perdana Menteri adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga pendirian BN seperti diumumkan Ahmad Zahid sendiri.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote albedah 3-11-2022 05:56 PM
Jadi adakah beliau mendapatkan salinan asal akujanji bn itu dan diberikan kepada pulis?
Quote CiliPadiSedap 3-11-2022 06:12 PM
dekat raja petra ada kandungan surat tu, dan apa dalam telegram rk cakap selama ni kem anwar kem jahid ada link macam betul. kita tengok pru akan datang. sebab isi kandungan surat tu macam dah jangkakan sesuatu.
Quote megancarol 3-11-2022 07:12 PM
I would like to thank the developers of this remarkable website and to provide us the comfortability for earning after using it! I am feeling much more relaxed than before! multi car transport
Quote Simunggu 4-11-2022 09:15 AM
agak agak parti mana suka fitnah BN/UMNO...kamu masih sokong org yg kuat fitnah??? fikir fikirkan...
Quote Kitty_catz 4-11-2022 02:37 PM
RPK kata surat tu ori...

RPK ni skang ni bertuankan siapa ye?

gigih mengkorek sisi gelap umngok pulekkk

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053028 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top