Calon kerusi Parlimen Sungai Buloh Khairy Jamaluddin tidak mahu hanya popular di media sosial sahaja, sebaliknya gagal meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.
Khairy berkata, populariti yang diperolehinya di media sosial terutama di aplikasi TikTok selepas namanya diumumkan calon Parlimen Sungai Buloh adalah sesuatu yang baik. "Populariti media sosial adalah sesuatu yang bagus, tetapi apa yang penting adalah undi. Tak guna popular di media sosial, tapi tak dapat undi daripada pengundi. "Jadi saya akan menggunakan peluang kempen ini untuk berjumpa seramai mungkin pengundi di Sungai Buloh untuk memberitahu visi saya kepada kawasan ini untuk mereka menilai sama ada visi ini dapat membantu mereka atau tidak," katanya.
Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai populariti yang diraih di media sosial terutama di aplikasi Tik Tok sejak kebelakangan ini. Terdahulu, Khairy menghadiri Majlis Sambutan Hari Pembantu Perawatan Kesihatan Peringkat Hospital Sungai Buloh Tahun 2022, di sini, hari ini. Sementara itu, Khairy yang juga Menteri Kesihatan berkata, beliau bakal mengumumkan manifesto bagi Parlimen Sungai Buloh, minggu depan dengan satu daripadanya adalah pembangunan Hospital Sungai Buloh. "Saya akan mengumumkan penambahbaikan signifikan untuk Hospital Sungai Buloh. Hospital ini bakal menerima satu projek besar dengan menaik taraf dan reputasi hospital yang memang sudah menjadi antara pusat rujukan kebangsaan sebagai destinasi perubatan bertaraf dunia. "Janji ini bukan janji saja. Saya akan kongsikan nanti. Janji yang menepati kepakaran yang ada di hospital ini dan sebenarnya menepati perancangan yang dibuat oleh hospital ini sendiri. "Memang sudah ada tapak dia, ada perancangan, ada pakar, itu pun kerja dibuat di hospital ini sejak sekian lama untuk dijadikan sebagai pusat kebangsaan atau institut kebangsaan," katanya. Sumber: Harian Metro |
Tunan replied at 3-11-2022 07:16 PM
Eloklaa
SB tu banyak pendatang asing
Kotor pulak tu
slavehunter replied at 4-11-2022 02:10 PM
Heard that dia diletak di Sg Buloh sebab nak buka second Hosp, Hospital kajian di Sg buloh? Ala ala ...
slavehunter replied at 4-11-2022 02:10 PM
Heard that dia diletak di Sg Buloh sebab nak buka second Hosp, Hospital kajian di Sg buloh? Ala ala ...
Kak-Rohana replied at 4-11-2022 02:19 PM
Mesti ada udang punya geng ni.. bukan lengang2 kangkong bwk telor2 tukor kawasan dek
tumpanglalu74 replied at 4-11-2022 03:34 PM
Baru tau.. Waah. Masyuk lagi la ye?
slavehunter replied at 4-11-2022 04:35 PM
Masyukkk. Kementerian sukan masyuk kementerian kesihatan pun masyuk.
Dia buy useless stuff for yo ...
tumpanglalu74 replied at 4-11-2022 05:17 PM
Nape takene tangkap lagi sis?
jiwasemangat replied at 4-11-2022 06:13 PM
Sg buloh diwakili oleh:
-hospital
-penjara
ADVERTISEMENT