"Minta perhatian. Saya tak pernah minum jus 'beruk' ini untuk kurus. Jus kalian tak laku, sampai terpaksa menipu dan guna gambar saya."
Itu kata pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan di Instagram apabila wajah dan namanya digunakan untuk tujuan mempromosi produk kurus dan menipu pelanggan. Rozita atau mesra disapa Che Ta ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak dan syarikat berkenaan. "Apa yang mereka lakukan ini sangat melampau. Saya tidak pernah ditemubual untuk bercakap mengenai produk kurus tetapi video itu diambil ketika saya bercerita mengenai produk saya sendiri tetapi disunting pihak lain bagi mempromosikan produk mereka.
"Saya akan memberi tempoh beberapa hari ini untuk pihak itu menurunkan gambar dan nama saya. Sekiranya gagal saya akan ambil tindakan tegas dengan membuat laporan polis. Kalau bagi muka mereka akan naik lemak untuk menipu lebih ramai pembeli," katanya.
|
KamikuP replied at 3-11-2022 04:17 PM
Che Ta saman je mcm wardina saman sykt tesktil yg guna wajah beliau tanpa persetujuan. Agak byk beli ...
LadyCarefree: https://www.instagram.com/reel ...
TomyamPuteh replied at 3-11-2022 05:10 PM
Org utagha kalau Marah Sgt dgn si polan si polan mmg panggil beruk je. Kan@ Acik gomen?
TomyamPuteh replied at 3-11-2022 05:10 PM
Org utagha kalau Marah Sgt dgn si polan si polan mmg panggil beruk je. Kan@ Acik gomen?
she replied at 3-11-2022 07:20 PM
Dak lah
Depa panggil mangkaq ubi
Acikgomen replied at 3-11-2022 08:08 PM
Mangkaq ubi tu kalo dia bodo beralun-alun
Bikin ilang kesabaran ahhhh
ADVERTISEMENT