CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syed Saddiq Lancar Misi Wajib Menang PRU-15

3-11-2022 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 915| Komen: 13

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal mempertahan kerusi Parlimen Muar dan melancarkan misi wajib menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu diumumkan Pengarah Pilihan Raya MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz pada majlis Pengumuman Calon MUDA di Parlimen MUAR, sebentar tadi.


FB

Syed Saddiq dalam ucapannya berkata, beliau menawarkan diri untuk memperbaharui kontraknya dengan orang Muar yang datang hanya sekali setiap lima tahun.

Menurut beliau, Muar sangat dekat di hatinya memandangkan Parlimen tersebut adalah kawasan pertama yang ‘membawa’ dirinya ke Dewan Rakyat untuk memperjuang suara warga Muar dan rakyat Malaysia pada PRU-14.


“Walaupun saya berkhidmat di Putrajaya selama 22 bulan (sebagai Menteri Belia dan Sukan) namun saya tidak pernah gagal untuk balik ke Muar untuk berkhidmat, mempertahan dan memberi kebajikan kepada anak-anak Muar.

“Saya menjadi menteri bukanlah kerana ahli politik tetapi bermula dengan setiap satu undi yang datang dari Muar, sebab itu saya sentiasa terhutang budi,” katanya.

Syed Saddiq berkata, kehadirannya dalam politik bukan untuk mencari kekayaan diri sendiri atau ahli keluarga sebaliknya untuk membela, membersihkan dan membangunkan Malaysia yang maju, bermaruah serta berintegriti.

“Untuk kita majukan Malaysia, kita tidak boleh fokus kepada kekhilafan lawan jadi sebaik mungkin saya tidak mendedikasikan ucapan saya kepada lawan.

“Rakyat Malaysia dan orang Muar berhak untuk mendapat yang terbaik, bukan pemilihan calon antara yang terburuk tetapi pemilihan yang sihat. The best of the best to serve the best in Muar,” katanya.

Syed Saddiq akan berdepan calon Barisan Nasional (BN), Helmy Abd Latif dan Perikatan Nasional (PN), Abdullah Husin pada 19 November ini.

Pada PRU-14, beliau memenangi kerusi Muar dengan memenangi majoriti 6,953 undi.

Minggu lalu, parti itu mengumumkan tiga calon yang akan bertanding di kubu kuat BN, iaitu Danial Abd Majeed (Kepala Batas, Pulau Pinang), Siti Rahayu Baharin (Tanjong Karang,  Selangor) dan Lim Wei Jiet (Tanjung Piai, Johor). 


Sumber: Getaran






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 3-11-2022 06:00 PM
Orang2 muo memang syg dia ke
Quote iolss 3-11-2022 06:16 PM
itulah..org muo cer komen skit..
Quote jalfa 3-11-2022 06:23 PM
Part kerja rasa heols ok.effort nak bantu pengundi tapi tu la muda muda terpalit kes rasuah..mmg turn off.tp kalo tgk page dia cina india masih sokong dia
Quote Orenn1 3-11-2022 06:26 PM
jalfa replied at 3-11-2022 10:23 AM
Part kerja rasa heols ok.effort nak bantu pengundi tapi tu la muda muda terpalit kes rasuah..mmg tur ...

Itulah masalahnya, nmpk jqgq kawasan semua mmg ok tiba2 ada kes rasuah pulak adoiii hermmm kes rasuah dia tu sebenarnya mcm mana ye money trail dia, mmg dia ambil duit ke
Quote stingergrumpy 3-11-2022 06:30 PM
Orenn1 replied at 3-11-2022 06:26 PM
Itulah masalahnya, nmpk jqgq kawasan semua mmg ok tiba2 ada kes rasuah pulak adoiii hermmm kes ras ...


Kalau mengikut fatwa rashimon.......kalau dah diminta bela diri, dah ibarat seperti perlawanan bolasepak masuk minit 80 dan tuanrumah sedang mendahului satu kosong bila pihak penganjur berhentikheun perlawanan dan tidak disambung....jadi tidak ada keputusan utk perlawanan tersebut....

Ko jgn suruh aku explain org giler punya narrative....
Quote Orenn1 3-11-2022 06:32 PM
stingergrumpy replied at 3-11-2022 10:30 AM
Kalau mengikut fatwa rashimon.......kalau dah diminta bela diri, dah ibarat seperti perlawanan bol ...

Adoii apa pulak ni aku pun pening takpe lah aku pun taknak fahamm
Quote kemaruk 3-11-2022 06:35 PM
kelater makamah ni
Quote rashiman 3-11-2022 06:39 PM
Muda2 lagi dah jadi kluster mahkamah....macam mana nak jadi harapan pemuda, pemimpin masa depan dll..
Quote stingergrumpy 3-11-2022 06:42 PM
kemaruk replied at 3-11-2022 06:35 PM
kelater makamah ni

Ko explain pada oyen pls fatwa yg baru digazette oleh kembar siam ko rashimon ttg kaitan pembelaan diri dan per lawanan bolasepak yg masuk minit 80 diberhentikheun dgn pasukan tuanrumah sedang mendahului 1-0….
Quote stingergrumpy 3-11-2022 06:44 PM
Orenn1 replied at 3-11-2022 06:32 PM
Adoii apa pulak ni aku pun pening takpe lah aku pun taknak fahamm

Nanti rashimom sexplain

Kahkahkahkah
Quote stingergrumpy 3-11-2022 06:48 PM
rashiman replied at 3-11-2022 06:39 PM
Muda2 lagi dah jadi kluster mahkamah....macam mana nak jadi harapan pemuda, pemimpin masa depan dll. ...

Busuk busuk jahid komedi dah berusia banyak dah sakau…masuk ke dalam pun Puas hati kheunz?

Kahkahkahkahkahkah
Quote Orenn1 3-11-2022 06:50 PM
stingergrumpy replied at 3-11-2022 10:44 AM
Nanti rashimom sexplain

Kahkahkahkah

Satu aku suka rasiman tu walaupun dia kuat umno tapi dia tak cari gaduh dgn org dia just posting baik2 jah, dia quoted kita pun dia posting baik2, yg bangsatt nokharam sorg forumer nama @pasa seko ni tiba2 menyerang aku, aku pun tak kenal nick dia tertanya2 siapa pulak ni apa kes saja2 serang nak gaduh,ye lah dia tak popular langsung kat CI ni, rupanya nokharom tu forumer picisan kat CI yg tak popular n totokkk umno kuatt lol dia sakitt hatiii aku sokong dap, patutlah tak pasal2 aku kena serangg dgn anakharamm tu lol
Quote mrseller 3-11-2022 06:57 PM
jalfa replied at 3-11-2022 06:23 PM
Part kerja rasa heols ok.effort nak bantu pengundi tapi tu la muda muda terpalit kes rasuah..mmg tur ...

Kalau melayu liberal dah tentu la cina india sokong. Masih tunggu org muar komen selama 5 tahun

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.122140 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top