CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tergamak Makcik Jual Keledek Goreng Bersalut Tepung Nipis Macam Kerepek!

3-11-2022 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3915| Komen: 45

Seorang pelayar di TikTok berkongsi rakaman keledek goreng bersalut tepung yang disifatkannya terlalu nipis.

Berkongsi pengalaman, pelayar yang menggunakan nama @teratai93 ini meluahkan rasa kecewa dengan memberikan komen berbentuk sarkastik pada video tersebut.


"Pergi (tunaikan) haji dua kali sehari ni makcik ya," tulisnya menyindir peniaga tersebut.



Menerusi video berdurasi sembilan saat itu, kelihatan isi keledek goreng itu sangat nipis sehingga diibaratkan senipis kulit bawang oleh pelayar tersebut.

Dalam video sama, dia turut mengeluarkan sekeping keledek goreng itu dari plastik lalu mengopek salutan tepung bagi menunjukkan tahap kenipisan hirisan ubi.


Malah, dia turut membalas komen salah seorang netizen yang memberi respons dengan menyatakan bahawa bawang yang dipotong nipis sebenarnya lebih tebal berbanding isi keledek yang dibeli.



Dia percaya, keledek yang dipotong nipis itu bertujuan untuk mengaut keuntungan berganda dan peniaganya mahu cepat kaya.

Posting tersebut meraih perhatian netizen yang rata-rata menyokong kenyataannya itu dengan meninggalkan komen dan pandangan masing-masing.

Ada yang berseloroh dengan memberi cadangan lebih baik jika peniaga bertukar produk jualannya kepada kerepek sahaja melihatkan isinya yang nipis itu.

"Baik terus buat kerepek sajalah makcik oi.

"Kalau nipis macam ni baik buat kerepek.

"Makcik ni dulu pembuat kerepek tapi dia terlupa hari ni dia dah jadi penjual ubi goreng.

"Mesti dia potong guna pisau kupas kulit buah tu," komen beberapa netizen di TikTok.

Untuk rekod, video tersebut ditonton lebih 25,000 kali dan meraih lebih 470 tanda suka setelah dikongsikan.

Dalam pada itu, terdapat netizen yang mengaitkannya dengan isu kenaikan harga barang yang semakin menjadi-jadi.

Namun, tindakan mengurangkan kos dengan mengecilkan saiz bahan mentah untuk dijual sangat tidak patut dilakukan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 3-11-2022 03:47 PM
Keledek sekilo mmg mahal ye
Iols baru berjinak-jinak nak tanam keledek kat rumah. Bg slips tumbuh dan bercambah dulu
Quote ninja boy 3-11-2022 03:50 PM
Tanam lah keledek potong2 campak tanah tunggu 4 bulan beranak byk, sayur boleh kutip
Quote insulin 3-11-2022 03:52 PM
akies replied at 3-11-2022 03:47 PM
Keledek sekilo mmg mahal ye
Iols baru berjinak-jinak nak tanam keledek kat rumah. Bg slips tumbuh ...

Mesti rumah luas, kan? Pokoknya menjalar agak jauh dan panjang.
Quote shernazz 3-11-2022 04:00 PM
Iols.suka.nipis gini..haha
Quote white_musk 3-11-2022 04:34 PM
Ada orang letak pisau kat leher ke?
Quote fairy_fairy 3-11-2022 04:36 PM
Kalau dulu, iols pun ikut kecam peniaga yang jual mahal melampau2. Sekarang ni, tanya tekak and budget sendiri jer dik. Harga barang semua mahal nak mampus!
Quote pooh~key 3-11-2022 04:42 PM
Lah masa kau beli tu dia tutup pandangan kau ke apa dek takkan masa tu kau tak nampak keledek goreng dia tebal mana dekkk?
Quote akies 3-11-2022 04:44 PM
insulin replied at 3-11-2022 03:52 PM
Mesti rumah luas, kan? Pokoknya menjalar agak jauh dan panjang.

Tanam dalam pasu je dulu.
Tengok camna. ;
First time la katakan
Quote TabletSusu 3-11-2022 04:46 PM
aku nampak mcm sukun goreng pulak. sbb mmg biasa sukun goreng nipis n x tebal
Quote margo20 3-11-2022 04:50 PM
Makcik tu taknak buat tebal nnt muak pulak
Quote Thunderclouds 3-11-2022 04:53 PM
pooh~key replied at 3-11-2022 04:42 PM
Lah masa kau beli tu dia tutup pandangan kau ke apa dek takkan masa tu kau tak nampak keledek goreng ...

Ehhh..was about to say the same thing kaka. Keledek ni kaler oren. Wat goreng2 gitu nampak ja tara mana nipis tebal dia. Aku pn xbeli kalo nengok potong nipis2 gituh.
Quote Thunderclouds 3-11-2022 04:56 PM
Keledek mahal leni. Jarang2 ada kt kedai. Coqbadak frozen aku rajin beli pn jarang2 restock sbb xdak keledek.
Quote redz85 3-11-2022 04:58 PM
Edited by redz85 at 3-11-2022 04:59 PM

beli keledek seketul dua.. bancuh tepung.. goreng sendiri.. cicah kicap lada padi
Quote mizruncing 3-11-2022 05:01 PM
jujur aku ckp klu cempedak ke ape mmg takde laa nak beli. sbb dah tau rega kemain mahal n tak berbaloi. setakat nak raso2 tu beli laa sikit. tp nk beli mkn suka2 x koser nak support
Quote cmf_jeangrey 3-11-2022 05:58 PM
Bukan dia x nampak keledek tu nipis...tapi beli jugak utk buat content so dia pun sama kaut untung atas ketamakan peniaga
Quote albedah 3-11-2022 05:58 PM
Dah tu ngapa kau beli haaaa.   
Quote jazaa100 3-11-2022 06:04 PM
pooh~key replied at 3-11-2022 04:42 PM
Lah masa kau beli tu dia tutup pandangan kau ke apa dek takkan masa tu kau tak nampak keledek goreng ...

Dah salut tepung kiri kanan,nampak le tebal.....

Quote jazaa100 3-11-2022 06:06 PM
redz85 replied at 3-11-2022 04:58 PM
beli keledek seketul dua.. bancuh tepung.. goreng sendiri.. cicah kicap lada padi

Betul....

Seketul dua tak sampai rm5pun.....dpt mkn panas² & minyak tak recycle.....mkn dgn sambal kicap.....perghhhh sedapppp....


Quote imanjannah 3-11-2022 06:08 PM
sedapnya keledek oren  buat goreng, cicah sambal kicap bancuh kopi o.. layanzz

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.137992 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top