|
Rizky Billar dan Lesti Kejora kini mengalami krisis kewangan berikutan kurang mendapat tawaran gara-gara isu keganasan rumah tangga mereka baru-baru ini.
Berita mengenai masalah kewangan pasangan tersebut mula diperkatakan apabila merka didakwa sudah berpindah daripada rumah mewah ke kediaman bersaiz sederhana. Abang kepada Rizky iaitu Yudie Revan bagaimanapun tampil menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan kewangan pasangan berkenaan stabil memandangkan mereka mempunyai perniagaan dan bukan bergantung kepada karier seni semata-mata.
"Rizky mungkin tidak diterima untuk tampil di mana-mana program televisyen tetapi dia ada perniagaan sendiri. "Saya yakin adik saya mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk memberi nafkah kepada keluarganya," katanya menerusi temu bual di saluran YouTube Intens Investigasi. Sebelum ini, Rizky menjadi tumpuan ramai apabila didakwa memukul Lesti sehingga memaksa pelakon itu membuat laporan polis berhubung keganasan rumah tangga. Bagaimanapun Lesti mengambil keputusan memaafkan suaminya dan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap Rizky. Sumber: mStar |


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.698479 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.