CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengku Zafrul Tak Kisah Dilabel Pihak Lawan Sebagai 'Calon Kayangan'

3-11-2022 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1085| Komen: 3

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak menghiraukan sebarang dakwaan parti lawan yang memainkan sentimen beliau sebagai 'calon kayangan' di Parlimen Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Sebaliknya beliau memberitahu, perkara itu tidak perlu diulas lanjut dan ingin memberi tumpuan untuk membantu kebajikan dan kepentingan rakyat serta membangunkan negara.


FB

"Kita hormati pandangan pihak lawan dan kita hendak (kempen) politik bersih sepanjang pilihan raya ini," katanya di sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Calon BN Parlimen Kuala Selangor pada Rabu.

Zafrul memberitahu, setakat ini, semua 87 cawangan di Parlimen Kuala Selangor dan 37 pusat daerah mengundi (PDM) telah selesai dilawati.

"Terima kasih kepada ketua bahagian yang memberi sokongan supaya jentera kita bergerak bersama merampas Kuala Selangor," ujar beliau.

Diminta mengulas mengenai perasaannya dipilih kali pertama sebagai calon, Tengku Zafrul memberitahu, perasaan itu bercampur-baur terutama gementar kerana ia diluar daripada kebiasaan.

Menurut beliau, banyak perkara yang perlu diberi tumpuan terutama dari segi kebajikan rakyat dan pembangunan.

"Ada macam-macam idea dan cadangan yang diberikan dan dikemukakan termasuk cadangan melancarkan manifesto Kuala Selangor lepas penamaan calon nanti," kata beliau.

Tengku Zafrul yang bertanding atas tiket BN akan menentang penyandang kerusi itu, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dari PH, calon Perikatan Nasional (PN) diwakili calon Pas, Muhammad Rashid Mohd Kassim dan calon Gerakan Tanah Air (GTA) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jeram, Mohd Shaid Rosli.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 November, penamaan calon 5 Nov dan pengundian awal pada 15 November.


Sumber: Sinar Harian






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote totokreturn. 3-11-2022 03:18 PM
go go tengku zafrul, harap menang utk pru kali ni
Quote Ladyfreecare 3-11-2022 04:57 PM
totokreturn. replied at 3-11-2022 07:18 AM
go go tengku zafrul, harap menang utk pru kali ni

Tengku zafrul ni ok ke acik?
Quote sicvitaest 3-11-2022 08:44 PM
Memang dia calon kayangan pun, tak perlu ulas

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.035495 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top