CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

A Aida Production Didakwa Alami Kerugian Kes Langgar Kontrak Penggambaran

3-11-2022 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2011| Komen: 7

Seorang pengurus produksi memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bahawa syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan pelakon Amelia Henderson.


Fazeyla Ahmad, 42, yang juga Pengurus Produksi A Aida Production berkata kos-kos kerugian itu merangkumi bayaran pendahuluan terhadap Amelia, penulis skrip, penolong pengarah, suntingan, krew, pengangkutan dan peralatan penggambaran.


IG ti_syuhada

"Akibat pelanggaran perjanjian daripada defendan pertama (Amelia), kami telah mengalami kerugian selain terpaksa membuat penjadualan semula bagi penggambaran yang siap sedia untuk memulakan penggambaran pada 16 Jun 2022," kata saksi plaintif ketiga itu ketika membaca pernyataan saksi.


Dalam pada itu, saksi terbabit turut memaklumkan susulan tindakan Amelia itu, syarikat produksi terpaksa mencari pengganti bagi watak utama drama terbabit di saat-saat akhir.

Sementara itu, berhubung dengan siaran langsung dalam Instagram milik Amelia yang didakwa berunsur fitnah, saksi itu berkata tindakan pelakon terbabit menjejaskan imej dan reputasi syarikat produksi milik penerbit Datuk A Aida.



"Video yang mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah terbabit telah tersebar meluas di dalam media sosial hingga menjejaskan imej dan reputasi plaintif (syarikat produksi) secara teruk sebagai sebuah produksi drama atau filem tersohor di Malaysia," kata saksi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan bersambung lagi petang ini. Semalam kes saman membabitkan penerbit sensasi, A Aida bersama seorang lagi pelakon, Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu.

Sebelum ini media melaporkan, Amelia dan Idris berdepan tindakan saman daripada A Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.


IG Amelia

A Aida bersama sutradara drama, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara terbabit ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon berkenaan.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 3-11-2022 02:59 PM
sah2 la bakal kalah gittewww...
retis2 ni penjadualan dia kena tepat...
ada kadang2 job dah ada lepastu ada job baru masuk pun terhegeh2 nak ambik job tu...
lepastu ego tinggi melangit... sentiasa anggap diri tak salah...
Quote marchikobonzo 3-11-2022 04:02 PM
Semoga menang..asalkan dpt kalahkan aida pandang rupa tu meols sokong!
Quote roti_banjir 3-11-2022 04:07 PM
pasti ker korang rugi????

bukan ker drama tuh boom meletop kebabom katanya....

spi ker seberang lautan gak lar.....

dah pasti ker si AH nih fitnah korang? bukan memang korang delay shooting dan tak inform ker???

moga acik zuraidah kalah dalam kes nih.....
Quote Kancilkering 4-11-2022 11:01 AM
team aa….pasal ghupe tu rasa aa propah jeh…dia pun pernah pelakon peh…ghupe biashe biashe je…x kn x pernah kene reject….

nanti buat cerita org miskin melarat x kan nak carik ghupe marteen tu…..
Quote Acikgomen 4-11-2022 11:14 AM
Mcm badut je tgk bideo reputs share masa intebiu Amelia kat court tu
Ada kelibat si zuraidah tu pi court pakai jacket autumn/winter??????????
Trench coat tu org pakai outdoor oiii bukan indoor
Quote I.K.A888990 4-11-2022 06:09 PM
gaduh la korang
Quote Kancilkering 4-11-2022 09:24 PM
jantan tul sore lawyer dia….

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.189008 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top