Nama Mashaira Ismail atau lebih dikenali sebagai King Coco sebelum ini pernah menjadi sebutan selepas tular sekeping poster yang tertera nama dan wajahnya yang meraih undi sebagai Calon Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Bagan Serai.
Walau bagaimanapun, King Coco menerusi Insta Stories menyatakan bahawa dia tidak bertanding pada pilihan raya kali ini serta menyifatkan segelintir pihak menjadi ‘syaitan’ yang bertopengkan manusia. “Saya tak bertanding malas. Semua nya potong tepi. Hipokrit. Semua setan bertopengkan manusia,”Tulis King Coco. King Coco turut meluahkan rasa kasihan terhadap pihak terlibat yang sudah membantu rakyat sebelum kempen pilihan raya, namun menurutnya, hanya “kroni” yang dipilih untuk menjadi pemimpin. |
ADVERTISEMENT