CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Membebel Achey Asyik Beli Motor Baharu, "Rumah Dan Boleh Jadi Showroom"

3-11-2022 02:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2252| Komen: 16

Bebelan isteri kepada Achey iaitu Anne berhubung tindakan pelawak itu membeli sebuah motosikal baharu mencuit hati netizen.

Bukan pertama kali membeli motosikal baharu, Anne mendedahkan suaminya itu sudah memiliki beberapa buah motosikal berkuasa tinggi di rumah mereka sehingga boleh dijadikan kedai pameran.

Foto: IG

"Dah puluh ribu motosikal di rumah. Jangan racun orang lain. Dia beli orang lain ikut jer belakang.

"Tak lama lagi rumah dan pejabat buat showroom jer kalau macam ini," katanya.



Anne berkata demikian menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok.

Menerusi video tersebut, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 36, sedang menurunkan motosikal jenis Yamaha YZ daripada sebuah kenderaan pacuan empat roda.


Motosikal jenis itu memang menjadi kegilaan ramai peminat sukan lasak motocross.

Turut kelihatan deretan beberapa buah motosikal lain yang diparkir di ruang garaj kediamannya.

Dalam pada itu, ramai dalam kalangan peminat menyokong tindakan Achey membeli motosikal berkenaan kerana ia hobi lebih baik berbanding 'membeli' isteri baharu.



“Mujur dia beli motosikal... kalau dia nikah lagi, boleh berdarah hidung akak nanti.

“Dulu nak (beli) tak mampu, sekarang ini dah mampu dia angkut segala yang dia nak. Syukur rezeki.

“Biarlah dia... janji kamu bahagia. Dulu masa susah hidup memang payah nak dapat macam sekarang ini,” komen netizen.



Sementara itu Achey pula tidak banyak memberi reaksi ketika isterinya itu membebel tentang pembelian yang dibuat kerana perhatiannya lebih kepada motosikal yang baharu sampai.

Jika dilihat di laman Instagram Achey sendiri, dia antara selebriti yang aktif terlibat dalam bidang permotoran dan sering mengikut jelajah bersama rakan-rakan yang mempunyai minat sama. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marchikobonzo 3-11-2022 03:11 PM
Tengah berduit ni beli macam2..kang jangan buat cerita sedih pulak bila jo dah xde
Quote selipar_hijau 3-11-2022 03:23 PM
berjimat cermat amalan mulia
Quote derp 3-11-2022 04:10 PM
Membaca jambatan ilmu
Quote LadyCarefree 3-11-2022 05:04 PM
Humble bragging je kot.
Quote Belibis 3-11-2022 05:11 PM
Beli rxz macam pelaburan jugak.lepas restore jual 30k.
Quote Dodod 3-11-2022 05:17 PM
takpe boleh jual time sesak. ko taknak main vespa ke achey? jangan mengaku kaya kalau belum main vespa. huhu
Quote Suchi 3-11-2022 05:36 PM
Mcm mana dgn ivf journey depa ye ok ke?
Wife achey ni pun dedulu layan motocross tu gak. Jenis rare ni tak kisah berlumpur bagai, taktaula skrg dia main lagi ke tak.
Quote laksmanabentan 3-11-2022 05:47 PM
duit banyak okay ler bila apa yang nak beli...

yang penting jangan nanti da tua tetiba jadi asnaf pulekkk..
Quote irsa 3-11-2022 09:00 PM
Hobi berduit kan
Quote Kancilkering 3-11-2022 09:45 PM
bukan hari tu masa arwah mak dia sakit bergolok ber gadai jual moto…berubat ….
achey ni memang obses moto ni….ikut dia lah
Quote Dodod 3-11-2022 10:06 PM
Suchi replied at 3-11-2022 05:36 PM
Mcm mana dgn ivf journey depa ye ok ke?
Wife achey ni pun dedulu layan motocross tu gak. Jenis rare ...

event baru ni bini dia x ikut rasanya. selalu ride sekali atau motor asing. rehat dulu lah dh buat ivf xboleh lasak kan..
Quote ezacbee 3-11-2022 11:00 PM
Kancilkering replied at 3-11-2022 09:45 PM
bukan hari tu masa arwah mak dia sakit bergolok ber gadai jual moto…berubat ….
achey ni memang obs ...

Time tu ingatkan dia memang dah xberduit. Ratus ribu kan rawatan arwah maknya. Rupanya ku salah..  Masih berduit...
Quote rosedemon 4-11-2022 10:35 AM
meriak ke tu cehhh dulu pkp duk nagis2 puihhh
Quote ketambangkang 6-11-2022 09:29 AM
byk rezeki org ek..alhamdulillah
Quote flipolivio 6-11-2022 09:37 AM
ezacbee replied at 3-11-2022 11:00 PM
Time tu ingatkan dia memang dah xberduit. Ratus ribu kan rawatan arwah maknya. Rupanya ku salah..  ...

mmg ratus ribu ke rawatan arwah maknya? sakit apa?
Quote Mizlyn 6-11-2022 09:39 AM
Rezeki jaga ibu masak sakit..
Anak yg baik.. Ok la tu beli moto.. Kalau beli pompuan haa.. Jawap

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.071429 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top