CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Coki Menangis Diugut- Nak Dedah Perbuatan Sihir Lelaki, Dah Setahun Tak Jumpa Ibu Dan Adik-Beradik

3-11-2022 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3007| Komen: 36

Coki membuat laporan di Balai Polis Changloon, Kedah bagi melindungi dirinya selepas mendakwa menerima ugutan daripada seorang lelaki pada malam Rabu.

Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel, 17, berkata, kejadian tersebut berlaku selepas dia terserempak dengan lelaki berkenaan ketika datang ke rumah ibunya.

Foto: IG

"Dah lama berlarutan kisah ini. Semalam (Rabu) saya ada terserempak dengan lelaki tersebut. Apabila saya tegur, dia seolah-olah cuba untuk memukul saya.

"Sebab itu saya buat laporan polis sebagai melindungi diri," katanya kepada mStar.



Coki sebelum itu berkongsi rakaman video di platform Instagram miliknya memperlihatkan dia bertikam lidah dengan seorang lelaki yang seolah-olah bagi menghalang individu itu memasuki rumah ibunya selain turut berkongsi visual sedang menangis menceritakan kejadian berlaku.

Dalam pada itu, Coki berkata, dia sudah tidak tahan dengan perbuatan lelaki berkenaan dan sedia mendedahkan sikap individu itu termasuk didakwa menjadi dalang hubungannya dengan keluarga menjadi renggang termasuklah dia sudah tidak bertemu dengan ibu serta adik-beradik lain sejak setahun lalu.



"Kali terakhir saya jumpa ibu sebelum ini, saya lihat wajahnya berbeza. Terasa perubahan ketara pada ibu. Saya juga dihalang untuk berjumpa keluarga sendiri.

"Malah ketika pulang ke rumah di Kedah Jumaat lalu, wajah dan layanan ibu juga berbeza. Daripada riyak wajahnya, saya dapat rasakan ada masalah," ujarnya.

Coki juga mahu dedahkan semua perbuatan jahat seorang lelaki yang didakwa gunakan ilmu sihir.



Tambah Coki, selaku anak sulung, dia bertanggungjawab mempertahankan keluarga selepas ibu bapanya berpisah tahun lalu.

Dalam masa sama, Coki berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu berkenaan supaya perkara sama tidak berulang.



"Selepas ibu bapa berpisah, saya kenalah ambil peranan jaga keluarga. Kalau hal begini berlaku saya harus pertahankan dan melindungi mereka.

"Saya juga berani untuk berhadapan dengan kes ini dan berharap ia dapat diselesaikan segera," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazriatie 3-11-2022 02:17 PM
Sapoooooooo niiii???
Quote helicornia 3-11-2022 02:24 PM
choki choki aku tau le
Quote eyansss 3-11-2022 02:24 PM
aku tau cekelat coki2 je…  hahaha…
Quote sara_thrash 3-11-2022 02:30 PM
sebelum nak bercerita psl masalah ko,baik ko citer dulu ko ni sape sebenarnya dik
Quote bulalof 3-11-2022 02:36 PM
bencinya aku tgk budak2 camni...........
Quote umisha 3-11-2022 02:41 PM
Alamak
Sapo budak ni?
Acik tak tau la pulak
Quote beatgirlX 3-11-2022 02:43 PM
Dia penyanyi ke?
Ingatkan coki yg sorg lg tu rupanya bukann
Quote dudaberhias 3-11-2022 02:46 PM
who are yusssss.... rhoperrr macam abu bakar elah pun ada yang sanggup sihir ya...
sadisnya si penyihir tu.... semoga di panah petir penyihir tu sebab hidupnya terlampau sadis...
Quote diamondhoney 3-11-2022 02:48 PM
Sape ni chuolszah
Quote mehmet 3-11-2022 03:09 PM
Kasihannya. Parents dah separated. Baru tahu. Dulu Ada interview, nampak happy family background Rumah kampung ke APA.
Quote mehmet 3-11-2022 03:12 PM
Lagu apa entah dia Ada nyanyi dulu.

Motive aku ada tahu budak ini pasal namanya Coki

Quote Unfriendme 3-11-2022 03:23 PM
sara_thrash replied at 3-11-2022 02:30 PM
sebelum nak bercerita psl masalah ko,baik ko citer dulu ko ni sape sebenarnya dik

Aku sokong
Quote Acikgomen 3-11-2022 03:35 PM
mehmet replied at 3-11-2022 03:09 PM
Kasihannya. Parents dah separated. Baru tahu. Dulu Ada interview, nampak happy family background Rum ...

Motip ko kenal bbnu tah mana2 datangnye nih
Quote doubleharmonic 3-11-2022 03:37 PM
noreeennn mana pulak tersesat dari kandang ni
Quote Suchi 3-11-2022 03:43 PM
Nama dia mcm cekelat peberet iols emm lama dah tak restock
Sesungguhnya aku nak lupakan terus cekelat tu, walaupun kalori tak tinggi tp masih dikira manis.
Quote Lavender_Violet 3-11-2022 03:47 PM
Sapo nihhh????
Tapi dari penceritaan heols, meols syak yg lelaki tu boifren maknya atau pun laki baru merangkap bapak tiri heols
Baru 17tahun, memang time2 tngah memberontak sngt
Quote marchikobonzo 3-11-2022 03:59 PM
Coki, changlun, rambut ropol..hmmmm
Quote pembacagosip 3-11-2022 04:05 PM
siapa wei mohon pencerahan
Quote MisXoXo 3-11-2022 04:08 PM
Dia ni bukan anak jamal Abdullah ke

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.097009 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top