Seorang usahawan dan juga pempengaruh teruk dikecam oleh warganet akibat memuat naik video bersama kereta mewah Lamborghini miliknya.
Usahawan itu memberitahu kepada wargamaya bahawa kereta mewah itu mempunyai bonet yang kecil dan tidak boleh memuatkan duit yang banyak. Menerusi video berdurasi seminit yang dikongsikan oleh usahawan itu di akaun TikTok miliknya, dia telah dikritik oleh netizen kerana aksinya itu dianggap riyak dan dilabel oleh warganet sebagai seorang yang suka mempamerkan kekayaan. “Tak berbaloi sebab dalam bonet muat RM2 juta je! So tak berbaloi beli kereta ni, bonet dia kecil. Boleh letak duit sikit je,” kata usahawan itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen umpama panas hati dengan ‘statement’ yang diberikan oleh usahawan itu. Warganet meluahkan rasa kesal mereka dan berharap agar usahawan terbabit lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang ‘content’ di media sosial selepas ini. “Van jenazah lagi luas, boleh letak duit banyak,” tempelak seorang netizen. -CARI Sumber: XTRA
|
Tinot7 replied at 3-11-2022 01:50 PM
Rengsa dgr dia ckp lambo-genie..
Dan lagi rengsa sbb orka bawak keditkad jahh yg hat unlimited.. dem ...
ADVERTISEMENT