Elfira Loy menggesa peminat untuk membuat laporan terhadap satu akaun TikTok yang sewenang-wenangnya menggunakan identitinya.
Ujar Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 28, individu tersebut menggunakan nama asalnya, @elfiraloy dengan memuat naik video-video miliknya yang diambil dalam Instagram. Dalam perkongsian InstaStory, pelakon drama Dear Cinta itu memuat naik tangkap layar profil akaun tersebut yang memiliki lebih 67,000 pengikut. Malah jumlah tanda suka akaun tersebut mencapai lebih 639,000.
“Saya dapat tahu ada orang guna nama saya buat akaun TikTok. Dia ambil semua video dari Instagram dan kongsi. Tolong repot individu itu. “Saya tiada TikTok dan tiada akaun TikTok. Cuba kalian pergi tengok dan repot,” gesanya. Bagaimanapun tidak lama selepas itu, Elfira memaklumkan akaun tersebut telah pun ditukar nama.
|
ADVERTISEMENT