CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Ada Langsung Rasa Marah, Iri Hati Atau Kecil Hati- Dua Wanita 'Enjoy' Hidup Bermadu, Siap Tinggal Rumah Sama

3-11-2022 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3393| Komen: 44

MELAKA: Tidak semua kaum wanita rela hidup bermadu ke­rana ramai beranggapan ia pahit untuk ditelan, apa lagi berkongsi kasih.

Namun lain bagi Siti Nor Aisyah Saawal, 36, dan Marzurah Abdul Rahman, 23, apabila kehidupan bermadu antara mereka tidak mendatangkan masalah walaupun berkongsi suami, Mas Nawi Yusof, 41.

Sebaliknya kata kedua-dua wanita itu, mereka sangat gembira kerana dapat berkongsi kasih dan duduk serumah di Bertam Hulu di sini.


Foto: Kosmo

Berkongsi pengalaman itu, Siti Nor Aisyah, isteri pertama berkata, dia mengenali madunya sejak Marzurah bersekolah di tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ade Putra, Masjid Tanah dekat sini.


“Apabila suami minta berkahwin dengan Marzurah selepas tamat tingkatan lima, saya tidak ada halangan sebaliknya membenarkan dia berkahwin. Tidak ada rasa marah, iri hati atau kecil hati terhadap suami.

“Saya juga yang mengatur majlis pertunangan dan pernikahan mereka dan alhamduli­llah sudah hampir lima tahun mereka bernikah, kami hidup gembira,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Siti Nor Aisyah yang mempunyai empat anak berusia antara empat hingga 19 tahun berkata, mereka sama-sama membantu suami menguruskan kedai menjual pelbagai makanan yang terletak berhampiran Hutan Rekreasi Sungai Udang di sini.

Katanya, kedai berkenaan menjual pelbagai jenis makanan tradisional istimewa seperti dodol cair, keropok, belacan dan cencaluk.

Sementara itu, Marzurah yang mempunyai seorang anak berusia empat tahun berkata, dia menerima lamaran suami dan madunya sebaik sahaja tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2017.

“Saya terima lamaran itu begitu juga ibu bapa saya. Walaupun ramai kata hidup bermadu penuh gelora, namun saya yakin boleh hidup bahagia dan syukur kami hidup penuh aman dan damai.

“Saya dapat diterima semua anak tiri dan kami hidup di bawah satu bumbung. Setakat ini, kami tidak ada rasa iri hati atau dengki kerana segala masalah kami berkongsi bersama atasinya,” katanya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 3-11-2022 01:29 PM
So....apa isu semasa nya.....

Setakat nk cite betapa seronoknya berkongsi pencil, tak perlu bukak thread kat CI ni....


Quote Nham22 3-11-2022 01:30 PM
Tak koser kot nak layan suami dalam bilik penat berniaga carik duitt.... Berniaga makan pulakk tuu.. Lagila busy
Quote shernazz 3-11-2022 01:52 PM
Mesti.ada pikir.mcm2 bila.laki.masuk bilik.madu
Quote Suchi 3-11-2022 02:03 PM
Tahlaa dah ko kata gitu so gitulaaah.
Dahla duk serumah makanya adegan manja mesra cuma dlm bilik tidur jelaa yeaaa takda laaa atas mesin basuh ke,atas kabinet tv ke,kat
balkoni umah ke, atas table top dapur ke.
Kang cuit pipi bini muda tgh masak kecik plak ati bini tua yg tgh basuh pinggan.

Ehh tp katanya depa sgt gembiraaa so takde masalah laa kot
Quote Suchi 3-11-2022 02:05 PM
shernazz replied at 3-11-2022 01:52 PM
Mesti.ada pikir.mcm2 bila.laki.masuk bilik.madu

Katanya dia sangat gembira uolsss so takde perasaan apa2 la kot
Tah2 dia sendiri yg ingatkan laki dia suh g masuk bilik madu tu.
Sambil tu dia melipat la baju dan tgk tv
Quote syamzana 3-11-2022 02:06 PM
sengkek sgguh smpai umah pun share.
lantak la korang yg merasa sume tu.
Quote shernazz 3-11-2022 02:07 PM
Suchi replied at 3-11-2022 02:05 PM
Katanya dia sangat gembira uolsss so takde perasaan apa2 la kot
Tah2 dia sendiri yg ingatkan laki  ...

Hahahah
Tp sedikit sebanyak perasaan gitu sure ado..
Tipunlah dalam gembira.takde sikit perasaan jeles.khen
Kita doakan depa bahagia hingga ke akhirnhayat lah
Quote scorpionkiki 3-11-2022 02:11 PM
Rasa dia tak sayang sangat husband dia...entah2 dia lega bila husband kawin lain. Tak penat dia melayan dan senang ja nak beribadat bertahajjud semua
Quote krustykrab 3-11-2022 02:13 PM
shernazz replied at 3-11-2022 01:52 PM
Mesti.ada pikir.mcm2 bila.laki.masuk bilik.madu

3some kot
Quote krustykrab 3-11-2022 02:14 PM
scorpionkiki replied at 3-11-2022 02:11 PM
Rasa dia tak sayang sangat husband dia...entah2 dia lega bila husband kawin lain. Tak penat dia mela ...

Tgk mcm sibuk tolong laki niaga je..
Quote margo20 3-11-2022 02:21 PM
Kalu cam gini nak gaduh pun tak senang
Quote AcikBuncit 3-11-2022 02:24 PM
Pmpn ni kdg dia letih.. Xda nfsu dh nk kongkek2.. Dia pn dh bsr2 anak, dh xda perasaan sgt kot kat laki dia.. Haha Tu dia bg je madu dia lyn laki dia kot. Tp apepun acik xsuka btl kalo madu ni dok serumah.. Like what the hell.. Sediakan la tmpt tgl sorg satu..
Quote helicornia 3-11-2022 02:38 PM
tu tanda tak mampu
rumah pun tak bole sediakan sorang satu
Quote noor2 3-11-2022 02:56 PM
Kesian..kena kerja...laki dia buat apa..duk rumah ke cane
Quote wandacoffee 3-11-2022 03:05 PM
tkpela..semoga berbahagia la sampai bila2...tp duk gigih bg statement kami bahagia..takde iri hati...biasa kalo dah suke bgtau org,nanti ade la dugaan dia...anak tu kecik lg...nanti akan dtg mcm2 lagi nak tempuh..good luck anyways...
Quote sufi^_^ 3-11-2022 03:07 PM
Orang bahagia tak perlu canang dia bahagia. duduk je bahagia senyap2.
Quote lasagnaklcc 3-11-2022 03:09 PM
Asal korang bahagia.

Tapi lakinya boleh tahan umur 15 dah usha bdk tu.
Quote vespa_oren 3-11-2022 03:18 PM
tapi dia pun kahwin awal pas spm jika ikut umur anaknya lah
Quote batmana 3-11-2022 03:22 PM
patut gomen wajibkan golongan T20 kawin 2 atau lebih

barula membiak keturunan T20 byk2..

kalu tak kawin lebih 1, gomen patut kenekan cukai pada psgn T20 sebanyak 5% gaji bulanan..

hahahhaa

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.047454 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top