CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Caprice Disindir Sibuk Nak Ajak Aliff Syukri Buat Lagu

3-11-2022 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1438| Komen: 10

Caprice membuat perkongsian di media sosial, meluahkan rasa teruja akan kejayaan rakannya yang juga merupakan penyanyi hip-hop kelahiran Singapura, Alyph yang tampil dengan lagu terbaharu berjudul Swipe.


Dalam pada itu, Caprice juga meluahkan hasrat mahu berkolaborasi bersama usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang sebelum ini pernah dikritik selepas menghasilkan lagu dangdut berjudul Baby Sayang bersama penyanyi terkenal, Baby Shima.

Foto: IG

“2nd of all, alang-alang jom ah @aliffsyukriterlajaklaris buat lagu. Tanpa any sotongs ahh,"tulis Caprice.



Di ruangan komen rata-rata netizen tampil memberikan pandangan mereka, malah ada yang seolah-olah “menyindir”  Caprice mengenai perkembangan kes samannya terhadap sebuah rangkaian pemborong dan peruncit tempatan halal terbesar di Malaysia, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN).

“Perlu ke invite orang dengan perli-perli macam tu?.”

“Apa perkembangan kes nak saman MYDIN tu? Kami nak tau gak.”

“Mydin bila nak kena saman, takkan sembang je. Hmm tak best la macam ni.”



“Nak melawak pun tengok la situasi… Allah tengah menguji kesabaran alif syukri dengan isteri dia tu.. Member tgh serabut walaupun buat cool buat relax.. Tiba2 caption pun.. Tak boleh ke nak taip.. In sha Allah boleh jika ada rezeki lebih untuk kami bekerjasama dengan dia.. Kan lebih elok camtu.. Jahat manusia sekarang ni mcm2.”

Terdahulu, nama Caprice menjadi perhatian selepas mahu memfailkan tuntutan saman terhadap Syarikat MYDIN yang didakwa telah menyindir beliau. Jelas Caprice, dia akui rasa kecewa dan terkejut akan sindiran terhadapnya yang sedang bergelut menyelesaikan kes yang besar. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 3-11-2022 12:56 PM
Sebok je nak mencapub si bongak nih
Quote likilu 3-11-2022 01:16 PM
Sesiapa je yang pernah associated dengan lembaga memang akan jangkit ke perangai?
Quote LadyCarefree 3-11-2022 05:17 PM
Nak belanja org duduk hotel pulak..

Kereta naza dah bagi free ke kat orang?
Minyak utk frontliners bagi dah?
Belanja orang2 shopping kat Mydin dah ke?

Quote Naru 3-11-2022 05:31 PM
kisah sebuah penutup nasi...
Quote cikgojesss 3-11-2022 05:59 PM
topi mydin ini tak ada beza dengan babi
Quote rosedemon 4-11-2022 10:34 AM
sakit ko ni kapris pdan la dpt bini cmtu
Quote nylliette 4-11-2022 11:01 AM
dia ni teruk sgt mental. ciri2 jahlop pun ada jugak dok mencanang segala benda tapi xde apa pun dia buat. saman xde kluar pun, see dia cuma nak high light je. ni pun dia nak high light dgn alep plak, takdenye jadi tu pun, betul2 attention seeker, kena amik ubat high dose dah keperih
Quote apech 4-11-2022 11:14 AM
dia ni mmg tak tahu malu eh
Quote marchikobonzo 4-11-2022 11:31 AM
Gebang je lebih
Quote Mathew23 18-11-2022 02:55 PM
I look forward to their cooperation, slope game hope to be great products

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.065910 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top