Biarpun sudah lebih empat dekad dalam industri seni, nama Liza Abdullah tetap jadi sebutan, termasuk peminat generasi muda, terutama penggemar drama televisyen.
Liza pula masih cantik pada usia 58 tahun. Cuma rasanya, peminat tertanya-tanya status Liza sekarang selepas timbul desas-desus mengatakan hatinya sudah dimiliki. Tetap mengunci mulut, aktres yang terkenal dengan sikap ramah itu difahamkan memang tak nak buka mulut mendedahkan perkara sebenar bimbang lelaki idaman disambar orang. Pesannya lagi, kalau boleh dia nak elak terlampau berkongsi hal peribadi sebab banyak hati perlu dijaga.
Apa pun kita doa yang baik-baik untuk Mak Leha kesayangan semua ini. -CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT