CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima Hari Dah Tak Ada Air- Duduk Rumah Flat Tak Ada Lif, Nak Tercabut Lutut Makcik Tua Angkut Air

3-11-2022 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2325| Komen: 29

JOHOR BAHRU – “Macam hendak tercabut lutut dibuatnya,” keluh seorang warga emas, Harun Zain, 67, yang merupakan antara kira-kira 1,000 penduduk di Flat Balau Taman Rinting, Masai, di sini yang terpaksa mengangkut air bersih selepas terputus bekalan sejak lima hari lalu.


Harun berkata, dia yang di tingkat tiga flat empat tingkat itu terpaksa meniti kira-kira 50 anak tangga untuk turun naik kerana flat berkenaan tidak ada lif.


Foto: Kosmo

“Saya tinggal di tingkat tiga blok G, dengan umur saya dah 67 tahun nak angkat baldi yang berat mana larat.

“Saya terpaksa minta jiran untuk membantu saya hingga tingkat tiga, dah lima hari turun naik tangga, letih sangat macam nak tercabut lutut dibuatnya,’’ kata­nya ketika ditemui semalam.


Sehubungan itu, penduduk di situ merayu agar Syarikat Ranhill SAJ Sdn. Bhd. supaya menghantar lori tangki membawa bekalan air bersih lebih kerap agar penduduk tidak kerap berulang alik turun naik tangga flat tersebut.

Kebocoran paip air di Bandar Seri Alam, di sini sejak Khamis minggu lalu menjejaskan sehingga 300,000 penduduk khususnya di kawasan Tanjung Langsat, Plentong, Permas dan Masai.

Seorang lagi penduduk, Kamariah Mohamad, 48, berkata, sejak bekalan air paip terputus, mereka yang tinggal di flat itu terpaksa berebut kerana khuatir air tidak mencukupi untuk keluarga ma­sing-masing.

“Memang ada lori SAJ masuk ke Flat Balau untuk menghantar air kepada penduduk, tetapi ha­nya sekali sehari dan kadang kala tidak mencukupi.

“Nak buat macam mana terima sahajalah, pernah saya hanya dapat tiga baldi, ada yang berebut dapatkan air sebab tak beratur, orang lain boleh beratur ada penduduk tak beratur,’’ katanya.

Ujar seorang suri rumah, Ha­liza Sani, 48, pula, dia mengambil inisistif meletakkan baldi-­baldi di tepi jalan bagi memudahkannya dan jiran-jiran mendapatkan bekalan dari lori tangki dihantar Syarikat Ranhill SAJ Sdn. Bhd.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh dilapor berkata, kebocoran paip berlaku ketika kerja naik taraf dilakukan kontraktor dilantik Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Kerja naik taraf untuk menambah satu lagi paip baharu itu menyebabkan dua paip berukuran 1,000mm dan 1,200mm sedia ada yang sedang membekalkan air pada tekanan tinggi pecah. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 3-11-2022 11:52 AM
kes terpencil je ni...baru 5 hari...
Quote kakikuDibibirmu 3-11-2022 11:53 AM
Mujur tak ada Jamal Jamban
Quote Gigicantik81 3-11-2022 11:55 AM
Selangor tersenyum sinis
Quote PanadolExtend 3-11-2022 12:36 PM
Kesian tengok orang tua2 angkat baldi haihh
Quote stingergrumpy 3-11-2022 12:39 PM
Gigicantik81 replied at 3-11-2022 11:55 AM
Selangor tersenyum sinis

Bila jamal pak tongkol nak bertuala berdiri depan rumah menteri besar interim johor atau even better pagar yistana johor?

Quote alieyrina 3-11-2022 12:40 PM
Kalau tempat aku takda air hari ke2 dah stat gelisah. Kalau sampai 5h memang x dpt bayang laa
Quote R2D2 3-11-2022 12:46 PM
menjelang PRU ni
nanti ada la lakonan calon tolong angkat baldi sama2
Quote ultra78 3-11-2022 12:52 PM
air boring la...
Quote epal_putih 3-11-2022 12:54 PM
johor pon ada isu air
Quote redz85 3-11-2022 12:58 PM
serba serbi lembab.. cashier lembab.. pekerja makanan segera lembab.. tukang buat air boost lembab..tukang buat air Gigi coffee lembab.. immigresen lembab..



Quote Tinot7 3-11-2022 01:05 PM
epal_putih replied at 3-11-2022 12:54 PM
johor pon ada isu air

Bkn shj isu ayaq.. isu letrik pun ada..
Jalan2 tiber berlopak apa itu tak mengherankan..
Nak keje tadbir gomen dlm johor iols dgr utk anak johor, deme tgk skolah agama aras mana.. tapi ni la hasilnya.. giteww..

Isu SAJ ni dolu2 ada kes deme wat apatah.. kira bawak lari duit la.. ka sbb paip2 sumer tak bubuh yg elok.. iols stakat dgr pakcik2 bawang ckp kat tepi jln jahh.. makcik2 bawang johor dok membawang dlm rumah, iols tak dok johor so taktau la..
Quote prettyuglybabe 3-11-2022 01:19 PM
bila tah ada masuk tv orang BN datang bawak air..
ingat hari-hari dia gi..
rupanya sekali tu je ye
Quote jazaa100 3-11-2022 01:39 PM
prettyuglybabe replied at 3-11-2022 01:19 PM
bila tah ada masuk tv orang BN datang bawak air..
ingat hari-hari dia gi..
rupanya sekali tu je ye : ...

5thn lg baru dia dtg
Quote shernazz 3-11-2022 01:49 PM
Sepupu iols dok taman rinting ni..
Dia dok corner lot...sampai tang dia..air.lori habis..
Bengang je...smalam baru ada sikit2....
Kesian juga...sebab lori kat taman lain banyak..masuk taman rinting sebiji lori je...
Quote elzy 3-11-2022 02:13 PM
Inilah antara faktor yang pelu dipertimbang bila beli rumah..
Landed or high-rise.. Kalau takde pilihan kena redha..
Quote Denco 3-11-2022 02:16 PM
sbb bukan kat Selangor jadi berita ni x la penting...pg mampus la negeri lain ada air ke tak, klu selangor xde je baru kena kecoh & viralkan
Quote krustykrab 3-11-2022 02:19 PM
elzy replied at 3-11-2022 02:13 PM
Inilah antara faktor yang pelu dipertimbang bila beli rumah..
Landed or high-rise.. Kalau takde pili ...

Bygkn kalau berlaku kt little hk cheras..dgn lif rosak, umah berduyun kat situ
Quote ninja boy 3-11-2022 02:25 PM
Setiap rumah kena ada tong drum atau tangki emergency, jgn harap tangki air rooftop tu 2 hari habis. Negara yg berperang terus xde air elec taw
Quote bulalof 3-11-2022 02:28 PM
basic needs camni pun masih x mampu nak ada back up plan...

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.039223 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top