CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilang Di Jempol, Jumpa Di Mentakab- Proton Wira 'Barang Panas', Sentiasa Jadi Sasaran Pencuri

3-11-2022 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1009| Komen: 4

JEMPOL – Seorang pekerja swasta lega apabila Proton Wira yang disayanginya berjaya ditemui kurang lima jam di Mentakab, Pahang selepas dilarikan di rumahnya di Kampung Ayer Itam di sini.


Mohamad Fahmi Md. Radzi, 32, berkata, dia yang terdengar bunyi keretanya dihidupkan sekitar pukul 6 pagi kelmarin hanya sempat menjerit kepada pencuri terbabit sebelum penjenayah itu melarikan diri.

Foto: Kosmo

“Keluarga bapa saudara membantu saya menghubungi polis dan dalam masa sama, kami menghebahkan kejadian di media sosial.

“Alhamdulillah, hasil kerja­sama orang ramai serta pihak polis, kereta saya akhirnya ditemui di kawasan ladang sawit di Mentakab, Pahang.


“Berdasarkan gambar serta video yang diberikan orang ramai dan polis, banyak aksesori kenderaan yang telah dileraikan, malah nombor plat juga sudah ditukar,” katanya ketika ditemui di Kampung Baru Ayer Itam di sini semalam.

Menurutnya, dia menge­syaki pencuri menyasarkan aksesori Proton Wira miliknya itu yang dibeli dari seorang guru pada tahun 2017 dengan harga RM5,000.

Katanya, dia sudah berhabis berbelas-belas ribu ringgit bagi menambah aksesori sehingga ada pihak yang menawarkan untuk membeli keretanya pada harga lebih RM12,000.

“Saya memang sayang kereta ini, banyak modal habis. Kes kecurian Proton Wira di negara ini memang tinggi. Mungkin sebab harga pasarannya sentiasa ada dan tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, suspek iaitu lelaki berusia 20 tahun kini telah direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan Seksyen 379A Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BeskotCekelat 3-11-2022 12:15 PM
Terer gak polis ni, 5 jam dah jumpa. Kereta ni ada pasang GPS ke?

Patut team ni la pi hantaq tangkap Jho Low...
Quote batmana 3-11-2022 09:23 PM
BeskotCekelat replied at 3-11-2022 12:15 PM
Terer gak polis ni, 5 jam dah jumpa. Kereta ni ada pasang GPS ke?

Patut team ni la pi hantaq tangka ...

gps kereta tracking cap ayam - rm50-100 lebih je
- simkad sndiri, sms, auto sms, send kordinat gps, diy sndiri


gps kereta tracking berbayar tahunan - rm400 lebih
- kelebihan , live tracking, nmnpk dlm peta kete pi mana ke mana


aku rasa klu dia abis modal smpai 12k, msti pakai gps tracker skali.
Quote Supersirap 3-11-2022 10:11 PM
Masih ramai peminat kereta wira ini
Quote rosedemon 4-11-2022 10:06 AM
apa nth yg minat benor dgn wira. aku geng mu dok kena bare

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.027155 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top