Populariti drama Melur Untuk Firdaus yang turut mendapat sambutan luar biasa peminat di Indonesia membuka ruang buat aktor Meerqeen melebarkan sayap ke negara berkenaan.
Nama Meerqeen bukan sahaja menjadi kegilaan peminat di Indonesia bahkan beberapa produksi juga mula memberi tawaran lakonan serta pengacaraan. Meerqeen, 21, menganggap perkara itu sebagai peluang terbaik bagi membuktikan kehadirannya dalam industri seni bukan sekadar meraih populariti sebaliknya serius membina nama sebagai pelakon berkaliber. "Alhamdulillah saya bersyukur dengan tawaran diberikan oleh produksi di Indonesia. Kalau kena dengan masa dan jadual, pasti saya akan terima. Apa sahaja perkembangan nanti akan diumumkan kepada semua.
"Terima kasih kepada semua pihak, terutamanya peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya. Tanpa sokongan dan doa semua, tak mungkin saya mampu melangkah sejauh ini. "Kepercayaan diberikan membakar semangat saya untuk terus berusaha keras dan membuktikan kehadiran saya dalam bidang seni bukan main-main. Saya serius mahu menjadi insan seni yang disegani," katanya. Memulakan langkah di negara Republik tersebut, Meerqeen bakal tampil dalam sebuah drama web berjudul Modus Operandi yang bakal ditayangkan pada 4 November ini menerusi saluran YouTube Bank Negara Indonesia. Teruja diberi peranan utama dalam naskhah tersebut, Meerqeen mengakui gemuruh ketika menjalani penggambaran memandangkan cara kerja produksi Indonesia berbeza dengan di Malaysia.
|
Omai replied at 3-11-2022 02:48 PM
Tang mane yang ensem nye pun tah la
diamondhoney replied at 3-11-2022 12:39 PM
mohon jangan berhijrah ke sana
wandacoffee replied at 3-11-2022 03:00 PM
hensem jugak la dia..sebab pelakon Malaysia ni normally biasa2 aje....cumanya try hard sgt nk nampak ...
insyi81 replied at 3-11-2022 10:34 PM
lama lagi nk pergi sana kot sis..meme kena berlakon byk drama lagi kt msia sbb ramai lg yg tak ken ...
ADVERTISEMENT