CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Jimat Duit PTPTN, Makan Telur Je Tiap Hari- Dapat Housemate Selamba Melantak Sama Tanpa Izin

3-11-2022 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5934| Komen: 85

Berkongsi barang dan makanan sudah menjadi kebiasaan ketika tinggal di rumah bujang ataupun asrama.

Namun begitu, harus diingat setiap apa yang dilakukan hendaklah diiringi empati dan toleransi.


Begitulah luahan seorang pelajar tanpa nama di Twitter menceritakan dilema hidupnya yang bukan daripada keluarga senang namun diambil kesempatan rakan serumah.

Gambar Hiasan

Keadaan kewangan yang sempit memaksa pelajar ini membahagikan perbelanjaannya dengan terperinci kerana setiap sen amatlah berharga.

Kisahnya bermula apabila pelajar tersebut tidak mendapat kemudahan kolej di dalam kampus dan tinggal di rumah sewa bersama rakannya.


Berbekalkan duit pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dia hanya membeli makanan ruji untuk mengalas perut.

"Kalau makan, saya biasa beli telur sepapan, beras 5kg, kicap dan nuget. Boleh kata makan itu je setiap hari," tulisnya.




Namun perancangannya untuk berjimat seakan sia-sia kerana rakan serumahnya tanpa segan silu mengambil stok makanannya tanpa kebenaran.

"Ada housemate main goreng je telur dan nuget saya. Nak cakap tak boleh nanti kata kedekut.

"Nampak remeh je masalah ini tapi tak best la, kita berjimat tapi orang lain tak faham pula situasi," tulisnya kecewa.

Warga maya membanjiri ciapan berkenaan dan menggesa pelajar terbabit untuk lebih berkeras dalam mempertahankan haknya.

"Sekarang ni nak tak nak kena beritahu. Biar orang nak cakap kau kedekut ke apa, yang penting kau boleh hidup.

"Kawan kau semua ini akan hilang tau, nanti tinggal satu atau dua orang je yang stay. Jadi kau terus terang je senang.

"Tak perlu beratkan otak nak fikir perasaan orang," kata seorang netizen.

Seorang netizen memberi cadangan untuk menyorokkan barang kepunyaan di bawah katil.

Seorang lagi warga maya memberikan cadangan untuk memastikan barang tidak mudah diambil tanpa kebenaran.

"Letak barang masak kau dalam box atau bakul. Lepas itu letak bawah katil kau tidur, jangan letak tempat terbuka.

"Macam ini la hidup dalam rumah sewa ramai-ramai. Adakalanya kena wujudkan sifat berkira.

"Pedulikan apa orang nak cakap sebab nanti kau susah tak ada siapa nak hairan," nasihat netizen itu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 3-11-2022 11:32 AM
apabila perkataan kedekut disalahgunakan..tuk kepentingan diri....bila orang x bg kata kedekut..sedangkan sendiri kedekut sampai 'curi' hak orng.
Quote Cassieopeia 3-11-2022 11:50 AM
kene simpan dan label nama ko besar2 dik... kalau amik jgk kira mencuri dah tu.
Quote nurul_akmar 3-11-2022 11:50 AM
Edited by nurul_akmar at 3-11-2022 11:58 AM
Skuau replied at 3-11-2022 11:32 AM
apabila perkataan kedekut disalahgunakan..tuk kepentingan diri....bila orang x bg kata kedekut..seda ...

sbb mebi housemate dia pk "ala, telur je pon. xkn nk berkira.. berapa sen sgt."
sbb ayat tu, housemate dia main pakai je telur dan sbb ayat tu jugak dia mls nk bising.. sbb takut dicop kedekut. kang kalau dia cakap kang, tetiba viral luahan perasaan lain. kali ni dari housemate dia pulak.

"salam, saya nk mengadu sikit. saya ada housemate. dia kedekutttt sgt.. sy amek telur dia sebiji pon dia tegur2 sy. 30 posen je pon.. mcm mana ye nk buat org mcm ni?"

lps tu, netizen pon attack la housemate yg kedekut tu sambil citer pengalaman dpt housemate kedekut.

sekian....




Quote prettyuglybabe 3-11-2022 11:50 AM
kalau takut nak sound direct, makanan kering tu simpan dalam satu gobok berkunci..
kena invest sikit la beli gobok berkunci..
or sorok je dalam bilik..
frozen food tak payah la beli lagi dah buat sementara..
ganti dengan dry food lain..
Quote gekkou 3-11-2022 11:51 AM
cakap je la
daripada dok mengadu kat media social
lebih baik berterus terang dan nyatakan kesulitan yang ada dalam berbelanja
busuk2 pun kena maki, kena kutuk, kena hina, hilang kawan
daripada sendiri sakit makan hati
Quote zaitun_0123 3-11-2022 11:56 AM
Dulu menyewa bujang dgn 5 rakan. Dlm ramai-ramai tu miker seorang je yg beli peti ais. Letak kat dapur sebab miker suka memasak. Lama-lama sakit telinga dengar housemate main hempas je pintu fridge, dah la baru beli. Last sekali heret peti ais boh dlm bilik. Sejak tu tenteram hati miker. Lantak le apa housemate nak pikior.
Quote mamaneesa 3-11-2022 12:01 PM
xpun, kalau xnk ckp direct, ckp berlapikla...apa kata tiap2 bln kita kutip duit utk beli brg dapo? tong2 beli brg dapo nak? cenggituuuuuu
Quote imransulaiman 3-11-2022 12:05 PM
Masa study dulu, benda ni lah yang boleh menyebabkan putus kawan. Kita punya lah nak berjimat, dorang senang lenang tumpang. Kalau dorang pun sama macam aku takpe lah juga. Ni sakan beli itu ini untuk diri sendiri. Kita pula jadi mangsa. Dalam rumah ada 6 orang. Cuma sorang je yang perangai elok. Aku malas gaduh, aku pindah rumah. Kawan yang perangai elok tadi ikut pindah sekali. Alhamdulillah kami jumpa housemates yang ok.

Banyak kenangan sewa ramai-ramai ni.. Hahahaha
Quote monreyes 3-11-2022 12:09 PM
housemate my son pun mkn telo gak hari2.. x apply asrama...motor. ada...ada buat asb loan...x tau lah apa masalah dia...kalau asnaf blh jugak bantu..

Quote HabukBesi 3-11-2022 12:16 PM
Quote Adrif 3-11-2022 12:43 PM
imransulaiman replied at 3-11-2022 12:05 PM
Masa study dulu, benda ni lah yang boleh menyebabkan putus kawan. Kita punya lah nak berjimat, doran ...

aku dulu makan nasi 2-3 hari sekali sebab nak jimat punye pasal. kalau lapar, minum air kosong, tutup mulut. tak tahan jugak, tido. jimat tenaga.
hari aku dapat makan nasi (aku namakan Hari Makan), bersyukur gila beb. setiap suapan tu rasa nak menitis air mata kesyukuran pada Ilahi atas kurniaan dan nikmat rezeki

ada satu hari, instead of nasik kosong dengan kuah sayur, aku spend lebih sikit. NASI GORENG! mwahahahaha. tak, dia sebenarnya nasi goreng kosong je. nasi goreng bodo yang takde daging ayam apa pun. memang nasi digoreng. at least ada la perisa goreng. sedap.

aku letak nasi bungkus atas meja, dalam bilik aku. aku pun keluar gi toilet basuh tangan jap.
bila aku masuk bilik, nasi bungkus aku dah kosong. aku pun dengan panik tengok la kat lantai, tumpah ke, tengok tingkap, monyet masuk ke. takde. last2 aku pegi bilik kawan aku nak mengadu, sekali tengok diorang bertiga tengah makan nasi aku dalam pinggan lain.
"Weh, kitorang amik sikit tau nasi kau. Macam sedap je bau. Tapi aku sikit, Afiq sikit, Halim sikit.", memang la korang sikit. nasi 1 bungkus bahagi 3 lelaki dewasa.

gila babi aku menangis sebab lapar. dia bila lapar teramat sangat ni, perut rasa sebu, hati rasa sayu, memang jadi lembik la nak nangis.

sejak tu aku putus kawan dengan pencuri 3 ekor tu. pastu aku pindah keluar, terus tak contact dah diorang.
Quote brego 3-11-2022 12:46 PM
Edited by brego at 3-11-2022 12:48 PM

duduk rumah bujang memang begitu.
ramai yang bangang, basuh sudu pun tak bersih,
patut la lepas kawen ada bini orang yang stress memekak di socmed ,
dapat laki bodoh lagi pemalas

aku pun ada experience gini,
barang2 elektrik di rumah kena kekah beramai ramai,
tido tv tak tutup, telur pecah dalam peti ais,
mesin basuh di biar berkeladak lepas guna,
mentang2 la barang2 rumah bukan dia beli,
langsung takde hati nak jaga sama.

dapur di biarkan berminyak2, singki penuh sisa makanan,
dia buat macam ada orang gaji di rumah yg tolong bersih kan  

last2 aku pindah keluar jer dari rumah, barang semua aku jual,
padan muka muke toya jer masing2.
Quote PandaSaka 3-11-2022 12:49 PM
Sejenis pelik ya suka hati guna barang orang without permission, lagi2 makanan. Common sense takda ka?
Quote margo20 3-11-2022 12:52 PM
Aku takde pengalaman duduk serumah dgn kawan sob sob tapi bab mknn mmg berkira even kalau keluar hangout pun aku akan pastikan makanan yg aku order tu org tak suka sgt so takdela dia nk mntk hahaha
Quote SalenaGomez 3-11-2022 12:57 PM
Adrif replied at 3-11-2022 12:43 PM
aku dulu makan nasi 2-3 hari sekali sebab nak jimat punye pasal. kalau lapar, minum air kosong, tu ...

Sian nya baca cite u…semoga success berjaya…kadang2 kesusahan ni yg buat kita beringat dan kalau kita lalui lagi, kekuatan tu dah ada sbb dah pernah lalui hidup susah
Quote Tinot7 3-11-2022 12:57 PM
nurul_akmar replied at 3-11-2022 11:50 AM
sbb mebi housemate dia pk "ala, telur je pon. xkn nk berkira.. berapa sen sgt."
sbb ayat tu, housem ...

Jaman dolu2 ustaz ada ajar dlm klas pendidikan agama.. hangpa dok asrama kena pikiaq hak.. sbb dia ajaq bab hak.. hak yg voley kita pertahankan diri sumer tu.. tapi dia habaq jugakk, hangpa dok amik ubat gigi kawan, walopon secalit jahh hangpa pikiaq alaa secalit jahh.. adakah hang amik hak org?

Jaman now ustaz tak ngajar cenggini lagi kott.. sbb deme pon kaki tiktok insta twit bagai.. anak2 didik pun tau gelek2 kat medsos jahh.. mana paham bab2 agama lagi..
Quote Skuau 3-11-2022 01:01 PM
nurul_akmar replied at 3-11-2022 11:50 AM
sbb mebi housemate dia pk "ala, telur je pon. xkn nk berkira.. berapa sen sgt."
sbb ayat tu, housem ...

kedekut amik 'hak orng' tanpa izin...beza  ngn kedekut tak bg hak kita ngn orng...
Quote mesmerize 3-11-2022 01:25 PM
Adrif replied at 3-11-2022 12:43 PM
aku dulu makan nasi 2-3 hari sekali sebab nak jimat punye pasal. kalau lapar, minum air kosong, tu ...

sedihnya cite ko ni dik.
tahun bila tu sampai ko tak kecukupan makan tu..
2-3 hari sekali baru jumpa nasik.. ya Allah.. kesian betul ni..
kekadang sedih tengok kalau ada family member ai yang suka bazir2 makanan.. bila teringat orang2 yang tak cukup makan macam ko ni lah..

anyhow back to the topic.. hehe biasaaa sangat dah kalau duduk ngan kawan2, kena pow bahan2 makanan kita..
ai dulu duduk menyewa ngan kawan2 juga masa mula2 kerja.. ai la tukang sediakan stove n cabinet, fridge, washing machine segala.. diorang tinggal guna aje lah..
pastu siap tibai aku punya minyak masak, nugget n roti dalam fridge, sampai bengkok2 cair botol minyak masak tu sebab diorang masak guna api besar2, botol minyak pulak diorang letak betul2 sebelah stove.. selain tu habis segulung paper towel aku basah lencun dengan air apa tatau lah walaupun letak tinggi2 atas fridge..
selain tu ada yang tak reti beli sabun detergent sendiri untuk basuh baju.. duk tibai detergent dynamo aku.. dah la dynamo mahal.. ujung2 ai letak sabun serbuk murah kat luar bagi dia guna dynamo tu ai simpan dalam bilik hee hee.. bila gaji dah besar sikit, sewa rumah 2 orang je.. yang ni ok sikit la sebab dia selalu takde kat rumah, keluar pagi2 buta malam baru balik sebab kerja dia busy giler... weekend pun dia lesap.. so takde la barang2 ai dilenjannya..
Quote dudaberhias 3-11-2022 01:32 PM
sedihnya cerita... ramai pelajar yang memang berjimat cermat sampai tak makan... untuk kes macamni kalau dah membisu tak nak bagitahu depan2... simpan je barang masak tu dekat dalam bilik takpun pindah cari rumah lain yang ada pelajar2 berdisiplin sikit.... environment toxic macamtu iolss tak hengen nak duduk kalau kot ye pun kena share... nanti dengan diri2 sendiri jadi macam deorang...

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.137169 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top