CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempar Kuntilanak Dibawa Masuk Ke Rancangan TV, Siap Tunjuk Paku Terpacak Atas Kepala

3-11-2022 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4005| Komen: 55

Sejak dahulu kala kita sering dihidangkan dengan pelbagai cerita khayalan tentang roh-roh jahat yang disebut sebagai hantu.

Di Indonesia, terdapat pelbagai jenis cerita hantu yang digambarkan dengan cukup menyeramkan sebagai peringatan kepada manusia agar tidak melakukan perkara buruk.

Jika tersilap langkah, pastinya seluruh kehidupan seseorang itu akan diselubungi gangguan seram yang tak tercapai dek akal.




Hantu yang disebut sebagai kuntilanak adalah salah satu yang cukup terkenal di negara tangga itu.

Bahkan hingga ke hari ini kisah misteri tentang kuntilanak yang dikatakan sebagai roh pendendam daripada jelmaan wanita cantik terus menarik minat ramai.

Terkini viral dalam kalangan pengguna TikTok tentang pendedahan identiti seorang wanita dikenali sebagai Aminah menerusi satu program bual bicara.

Menerusi video viral di TikTok, Aminah didakwa sebagai jelmaan kuntilanak dan hidup seperti manusia normal.



Pada rakaman sama penjaga kepada kuntilanak itu menunjukkan sebatang paku besar tertusuk di pusar kepala wanita terbabit dan dikatakan ia adalah punca dia yang asalnya kuntilanak bertukar menjadi manusia.

"Okey ini bagi membuktikan kepada teman-teman semua bahawa memang ada paku di pusar kepala Aminah," kata seorang lelaki yang bertindak sebagai moderator program berkenaan.

Kuntilanak dalam era milenium ini dikatakan dapat menjalani kehidupan seperti manusia biasa malah boleh berkahwin dan mempunyai anak.

Selain itu pengendali program berkenaan yang mendakwa pernah bersemuka dengan kuntilanak itu turut bertanya mengenai keadaan rambutnya sama ada masih panjang atau sudah berubah.

"Sebelum ini rambutnya panjang, sekarang ini adakah masih panjang atau sudah dipotong," tanya lelaki yang turut memakai topeng itu.

Kemudian penjaga kuntilanak itu memaklumkan bahawa rambut sosok berkenaan masih panjang sambil meminta si kuntilanak pusing ke belakang untuk menunjukkan rambutnya yang mengurai melepasi paras punggung.

"Kenapa tidak dipotong agar kelihatan seperti manusia biasa?" tanya moderator itu lagi.

Namun kali ini jawapan penjaga Aminah cukup mengejutkan.

"Tak boleh dipotong kerana guntingnya akan patah. Rambut dia memang tak boleh dipotong, kita sudah cuba pelbagai cara namun gagal," katanya.

Malah rambutnya dikatakan memerlukan masa yang lama untuk tumbuh panjang dengan anggaran satu sentimeter bersamaan 10 tahun.

"Aminah akan menua lebih lama jika dibandingkan dengan manusia dan anaknya juga boleh menjadi lebih tua daripadanya.

"Dia juga mempunyai darah haid seperti manusia biasa," katanya.

Bagaimanapun rata-rata netizen tidak mempercayai keseluruhan pendedahan tersebut kerana dikatakan ia hanya rekaan untuk kandungan atau content media sosial.

Bahkan netizen dari Malaysia juga menyifatkan perkongsian tentang kuntilanak itu sebagai sesuatu yang melucukan.

"Jarang tak kelakar jiran tetangga aku ni. Lepas ni dia bawa pocong pula buat live.

"Lain macam content dia.

"Yang dipakai itu rambut palsu, jangan percaya," kata netizen yang sepakat terhibur dengan kisah berkenaan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 3-11-2022 11:02 AM
Layan jelahhh
Cm cite apa tah tasha shilla tu..pontianak jadi manusia..siap jadi bini orang lagi
Quote totokreturn. 3-11-2022 11:03 AM
indon ni kalo tak merepek memang merapu je la benda benda ni
Quote acik79 3-11-2022 11:03 AM
Boleh ngundi tak?
Quote salimrock 3-11-2022 11:05 AM
rilek ar, kan halloween...
Quote pembacagosip 3-11-2022 11:23 AM
yg anek-aneh aja deh
Quote Skuau 3-11-2022 11:29 AM
totokreturn. replied at 3-11-2022 11:03 AM
indon ni kalo tak merepek memang merapu je la benda benda ni

indon..kalo x merepek..dia akn mengklaim..boring...dia mai secara haram ke Msia...
Quote bakingsoda 3-11-2022 11:29 AM
dah elok2 kuntilanak tutup aurat disuruhnya tunjuk rambut
Quote plywood 3-11-2022 11:30 AM
salimrock replied at 3-11-2022 11:05 AM
rilek ar, kan halloween...

Yes! Janji rock
Quote Babai 3-11-2022 11:32 AM
Hahahahaha
Quote sekngucing 3-11-2022 11:34 AM
yg sebenar tinggi besar tak mcm.manusia biasa
muka pun kosong
takda kaki..hanya kepala dan tangan dan badan saja
Quote noor2 3-11-2022 11:38 AM
Sapa percaya mmg bodoh...termasuk tt yg bawak thread mcm ni
Quote syamzana 3-11-2022 11:39 AM
dlm cerita kuntilanak berupa wanita cantik bila jd manusia, ni mcm sendu je rupa paras tu
pakej tutup aurat plak tu
Quote WandaMi 3-11-2022 11:47 AM
dah lama tertanya, kenapa semua hantu adalah wanita
Quote nurul_akmar 3-11-2022 11:52 AM
ape laaa topik dorg ni.. xmasuk akal. merapuuu je.
Quote PanadolExtend 3-11-2022 11:52 AM
Benda ni pun boleh jadi content
Quote kakikuDibibirmu 3-11-2022 11:55 AM
images_copy_1024x1019.jpg
Quote white_musk 3-11-2022 11:58 AM
WandaMi replied at 3-11-2022 11:47 AM
dah lama tertanya, kenapa semua hantu adalah wanita

Drakula lelaki dik
Quote tikusmontok 3-11-2022 12:00 PM
Edited by tikusmontok at 3-11-2022 12:01 PM
WandaMi replied at 3-11-2022 11:47 AM
dah lama tertanya, kenapa semua hantu adalah wanita


Dracula jantan hantu raya pun jantan, hantu galah pun jantan
Quote grouper 3-11-2022 12:01 PM
Yg single tu blh la masuk hutan cari kuntilanak ni..jgn lupa bwk paku ngan tukul...dh jadi manusia blh la menikah

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.059599 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top