CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hawa Rizwana Akui 'Down' Baca Komen Negatif Isu Hos MeleTOP, Tapi Tak Boleh Hidup Sangat Dengan Pujian

3-11-2022 07:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4068| Komen: 35

Pengacara Hawa Rizwana yang diumumkan sebagai hos tetap program terkenal MeleTOP bagi bergandingan bersama Nabil Ahmad gembira dengan kembara terbaru dalam kerjayanya itu dan tidak mahu mensia-siakan rezeki yang sudah dikurniakan oleh Allah SWT.


“Neelofa dan Nabil telah jadikan MeleTOP satu jenama yang sangat berprestij dan eksklusif, sebenarnya ia merupakan satu tanggungjawab yang besar. Bagaimanapun, saya anggap ini merupakan satu rezeki daripada Allah SWT, ada rezeki kita terima dan lakukan yang terbaik,” katanya kepada Murai MY.


IG Hawa

Ditanya tentang kemungkinan netizen membandingkan dirinya dengan hos MeleTOP terdahulu Neelofa, Hawa berpendapat ia terserah kepada para penonton.


“Untuk elakkan perbandingan itu, terserah kepada semua, saya buat apapun seikhlas hati atas minat diri sendiri,” jelasnya.

Bercakap tentang persediaan untuk mengendalikan rancangan berprofil tinggi itu, Hawa akui banyak belajar daripada rakan-rakan pengacara termasuk Nabil sendiri.

“Bukanlah satu perkara mudah sebab saya sebelum ini daripada genre yang berbeza lebih dari segi berita dan program-program kewanitaan. Ini adalah rancangan hiburan pertama yang saya acarakan, banyak perkara yang saya belajar daripada kawan-kawan pengacara yang sudah berkecimpung dalam industri hiburan.

“Nabil pun banyak berkongsi ilmu dengan saya, saya juga banyak tonton video-video di YouTube. Apa yang penting, kita seronok dan jadi diri sendiri,” katanya lagi.


IG Hawa

Menjawab pertanyaan tentang pelbagai reaksi orang ramai, Hawa kekal tenang dan menghargai setiap komen positif, mahupun negatif yang diberikan kepadanya.

“Terima kasih kepada semua yang komen sama ada positif mahupun negatif. Tipulah kalau cakap kita tak sedih atau tak rasa ‘down’ dengan komen yang tak memuji kita. Tapi kita tak boleh hidup sangat dengan pujian, kena ada juga kritikan. Kritikan membuatkan kita rasa tak selesa dan mahu jadi lebih baik lagi. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menyokong, doakan yang terbaik, semoga kita sama-sama rancakkan lagi program MeleTOP,” katanya menutup bicara.

Sebelum ini, Neelofa mengacarakan MeleTOP bersama Nabil sejak tahun 2012 namun membuat keputusan untuk mengundur diri pada Disember 2019.

Sejak itu, tiada pengacara tetap digandingkan bersama Nabil hinggalah Hawa diumum secara rasmi.

MeleTOP bersiaran pada setiap Selasa, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).


Sumber: Murai






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote paipsicola 3-11-2022 07:41 AM
Dek.. rimas naw negok ko gigih gaks nk mengacara Meletop nih....
tak meletop langsung dek sbb ko xde sifat humor dek...
cari job lain voley x yg sesuai gan attitude ko... waduhhh..... elok dah baca berita ..
serius pedih dek tapi kenyataan... same goes to Haziq gan Dayah ..korunk tak de sifat kelaka tauu... rasa fake sangat korunk nya lawak kt tb tuu...
last2 aq lalu lalang ja depan tb smbil menvacum umah...
Quote Pak.dolla 3-11-2022 07:44 AM
Sabar ye kak...masa mu akan tiba jua...
Jg adab, jg tutur kata...jgn sombong dan jgn pandang rendah kat org lain tau...
Jgn jd mcm org tu...ketawa mengilai²...pastu jgn sesuka bawa family utk kepentingan diri tau...
Baik² aja utk hawa...
Quote ais_kosong 3-11-2022 08:07 AM
semua program muka awak dik..
cemuih melihatnya!!
Quote mizzmimi 3-11-2022 08:13 AM
HR dapat job hosting ni sebab muka sama ngan jahlop ke? Alahaiii.. nasiblah kang tengok meletop macam tengok buletin utama je..
Quote mizzmimi 3-11-2022 08:14 AM
MeleTOP = rancangan berprestij dan eksklusif?

Hahahahakahakkk
Quote selipar_hijau 3-11-2022 08:22 AM
dia dah tak baca berita kt tv3 ke?
Quote Sazreena 3-11-2022 08:25 AM
Disebabkan bapak ko baik dan tak sombong bila aku tegur maka aku pun malas nak hencap ko..boleh gitew..
Quote sr10 3-11-2022 08:33 AM
iols ok jer sebab jarang tengok meletop melainkan ada guest yang i betul2 nak ambik tahu. apo korang ni. yang dulu komplen kata mengeletis la, tak beradab la, mengilai la, gedik la, over la. ok la ni comel jer sedap mata memandang dan tak gedik. lama2 ok latu dari bagi nenek yang jadi hos nauzubillah tak leh hadam aku yang masa pelakon mat kilau mai meletop. nenek hetty yg jadi hos. habis tercemar permandangan helok iols. go go hawa, meletop ja pun. bukan la yg perlu protokol dan knowledge yang boom boom pun. ke fans yg dulu tak leh terima muka dia cam lofa?
Quote KamikuP 3-11-2022 09:33 AM
Meolls ok je ngan HR sejak jadi pembaca berita dan dj Buletin FM.
So good luck utk awak ye HR <3 <3 <3
Quote epullipan 3-11-2022 09:38 AM
nampak sangat meletops =lopak..nak amik replacement pon muka iras2 lopak
Quote vee_zara 3-11-2022 09:46 AM
Dia jd dj pun boring gila
Quote electricopop 3-11-2022 09:50 AM
Senduuuu ddu ddu ddu...
Quote pembacagosip 3-11-2022 10:01 AM
paipsicola replied at 3-11-2022 07:41 AM
Dek.. rimas naw negok ko gigih gaks nk mengacara Meletop nih....
tak meletop langsung dek sbb ko xd ...

betul cakap ko, haziq dayah so boring mengacara
borak kopitiam tu kan
x ada aura yg rasa nak tgk rancangan tu
Quote pembacagosip 3-11-2022 10:03 AM
meletopp program berprestij tinggi????
aku rasa halaqah ye...sampai menang anugerah aritu kan
Quote mamajawie 3-11-2022 10:10 AM
alah lopak pun bukan best pun jadi host..siap merendah-rendahkan orang lagi ada la..
Quote kotakominami 3-11-2022 10:52 AM
Takpe la hawa.....benchmark utk jadi host meletop ni bukan tinggi mana pon...asal kau hafal skrip, hormat guest  tu pon dah lg ok dr host asal......nanti dah lama2 ngan nabil masuk air lah.
Quote bottombikini 3-11-2022 10:56 AM
mizzmimi replied at 3-11-2022 08:14 AM
MeleTOP = rancangan berprestij dan eksklusif?

Hahahahakahakkk

heshe kabo sangat berprestij nyehhh..
gile la belum pape dah membodek astrok

dulu dia ni kat hot ke kool.fm dgn si ally
yarobi bosan gile







Quote dejure 3-11-2022 11:09 AM
Aku tak rasa dia ni lama dgn meletop..habis gv entah2 dia masuk kan kak lina kepom dlm meletop.astro bukan boleh percaya sangat..
Quote bedahmenjuyah 3-11-2022 11:15 AM
Meletop berprestij? Lawak hari khamis ke ni? Aku cuma tgk bila julripin dtg promo filem dia je. Kalau tak, tak hingin aku nak tgk.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.048217 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top