Penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris meraih perhatian peminat penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas tular sebuah video di aplikasi TikTok.
Menerusi video tersebut, Noraniza yang mesra disapa Kak Ani itu membuat persembahan di Anugerah Seri Angkasa 2022 berlangsung di Putrajaya, baru-baru ini. pengguna TikTok berkenaan mendakwa Kak Ani tidak menyanyi ketika lagu 7 Nasihat milik Siti dimainkan. Berdasarkan pemerhatian XTRA, lontaran suara semasa lagu 7 Nasihat adalah daripada ‘backup singer’ dan Kak Ani sedang menari di tengah pentas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen pelik mengapa Kak Ani tidak menyanyikan lagu terbabit. Hal demikian ditimbulkan netizen kerana Kak Ani dilihat tiada masalah untuk menyanyikan lagu Intan Payung yang dimainkan selepas lagu 7 Nasihat. Peliklah Kak Ani, kenapa situasi ini berlaku? Sumber: Xtra |
missHaidiD replied at 3-11-2022 09:50 AM
Dia mmg tak sebulu dgn ct kan. Dia kn terpaling padahal suara hauk. Patutlah tak pernah naik.
KakZianaZain replied at 3-11-2022 12:03 PM
Bila aku tgk balik video kak ani tak nyanyi tu, aku rasa takde ape issue pon. Mmg dia rehat sekejap ...
ADVERTISEMENT