CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Dikejar, Dibelasah Sekumpulan Lelaki Angkara Wanita Warga Asing

3-11-2022 06:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1565| Komen: 4

Seorang remaja cedera diserang sekumpulan lelaki berhampiran sebuah restoran di pusat bandar raya ini, awal pagi hari ini dipercayai berpunca daripada seorang wanita.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada pukul 5.15 pagi.


Tangkap layar video 10 lelaki membelasah seorang remaja selepas disyaki berang berkenalan dengan wanita warga asing dalam kejadian di Johor Bahru, semalam.

“Mangsa yang berusia 19 tahun memberitahu, dia berkenalan dengan seorang wanita warga asing melalui laman sosial, sebelum mereka berjanji untuk bertemu di sebuah restoran di kawasan berkenaan.


“Ketika sedang minum, mangsa didatangi empat lelaki yang bertanyakan bagaimana dia berkenalan dengan wanita tersebut. Tidak lama kemudiannya mangsa dipukul oleh mereka.

“Mangsa bertindak melarikan diri di kawasan berhampiran sebelum dikejar oleh enam lagi lelaki, sehingga akhirnya dia dibelasah sekumpulan 10 lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi pemberita semalam.


Loading FB Post...

Tambah beliau, mangsa kemudiannya diberikan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

“Polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” jelasnya.

Sementara itu, beberapa rakaman video tular memaparkan seorang lelaki dipukul sekumpulan individu berhampiran sebuah restoran di pusat bandar raya Johor Bahru.

Rakaman video turut menunjukkan lelaki berkenaan mengalami kecederaan dibahagian muka, kepala dan badannya. Mangsa turut dipukul menggunakan kon.


Sumber: KOSMO! ONLINE






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 3-11-2022 08:20 AM
Cainis mainland? Vietnam? Myanmar?
Quote aznizazzadele 3-11-2022 10:32 AM
dari mana pompuan ni yindon , vetnam,cainis,miamar ?
Quote Adrif 3-11-2022 12:49 PM
- wanita warga asing
- berkenalan di media sosial
- 5.15 pagi

- mangsa, 19 tahun, lelaki
- 10 orang lelaki, pukul

ayam?
Quote Omai 3-11-2022 01:19 PM
berebut poen???

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.040502 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top