CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Terkejut Dikenakan ‘Caj Pembersihan’ Lepas Beranak Dalam Teksi

2-11-2022 11:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2680| Komen: 44

Seorang wanita di Britain yang melahirkan anak di tempat duduk belakang sebuah teksi terkejut apabila syarikat pengangkutan itu menghantar bil ‘pembersihan’ kepadanya yang berharga £60 (RM327), lapor akhbar The Sun semalam.


Farah Cacanindin, 26, tanpa diduga melahirkan anak perempuannya, Naia, di dalam sebuah van teksi semasa dalam perjalanan sejauh 20 kilometer (km) menuju ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin. 

Pemandu teksi itu telah menelefon kakitangan di Hospital Stoke Mandeville semasa dalam perjalanan.


Farah melahirkan anak perempuannya selepas 5 minit bertolak. - Doug Seeburg/News Group Newspapers Ltd


Beberapa hari kemudian, Farah yang tinggal di bandar High Wycombe, Buckinghamshire menerima bil sebanyak £90 (RM490) termasuk tambang teksi berharga £30 (RM163).

“Saya memahami bahawa saya telah meninggalkan kotoran, tetapi agak menjadi kurang sopan untuk mereka mengenakan bayaran. Air ketuban saya pecah 5 minit selepas bertolak.

“Pemandu itu bertanya sama ada saya mahu dia berhenti tetapi saya meminta dia meneruskan perjalanan kerana percaya kami akan sampai sebelum bayi dilahirkan,” katanya.

Farah menyelimut anaknya menggunakan jaket setelah tiba di hospital.

“Apabila tiba di hospital, bidan sedang menunggu dan terkejut.

“Perkara yang melucukan adalah syarikat teksi itu terletak berhampiran jalan ke rumah kami. Saya nampak van yang saya naiki ketika melahirkan anak betul-betul di luar rumah,” jelas Farah. 


Sumber: Kosmo






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 2-11-2022 11:51 PM
Ada bau-bau hanyir tak?
Quote bakingsoda 2-11-2022 11:52 PM
ko tu yg kurang sopan tak nak bayar
Quote Skuau 2-11-2022 11:55 PM
abang grab Msia kena minta tu...contohi la negara maju...
Quote eyansss 3-11-2022 02:00 AM
dah betul la tu kena charge…  kat mana pulak kurang sopannya?
Quote namr 3-11-2022 06:18 AM
bayar lah ko igt sume benda free ke?kena deep cleaning mahal woi
Quote margo20 3-11-2022 06:56 AM
Dia igt branak kt spital je bayau tompek lain free
Quote stingergrumpy 3-11-2022 07:07 AM
Kalau aku pemsndu memang dlm ko nak beranak itew jugak aku mintak harga tambang dan pembersihan kalau aku tahu ko jenis manusia seperti ini. ...
Quote stingergrumpy 3-11-2022 07:08 AM
margo20 replied at 3-11-2022 06:56 AM
Dia igt branak kt spital je bayau tompek lain free


Jenis kelawar memang selalunya giteww...negaranya pun berkasta
Quote Samerosie 3-11-2022 07:11 AM
Nak free je semua.  Untunglah beranak dlm teksi dr tepi jalan.
Quote Rdizz 3-11-2022 07:19 AM
Dah bagi kotor kereta org, komplen pulak, patut dia mintk maaf jugak sbb menyusahkan org. Org tu terpaksa hntar kereta cuci dah tak boleh servis beberapa jam. Mengada-ngada perempuan nih. Besar kepala.
Quote ultra78 3-11-2022 07:27 AM
Ok la tu. £60 aje pun
Quote SedihPedih 3-11-2022 07:41 AM
Kalau kena kereta sendiri pun kau kena hantar pergi cuci. bayar je la.. tak kan la teksi tu nk buat charity

Quote matamata 3-11-2022 08:03 AM
Patutlah kot harga dia..
Quote orkid_amani 3-11-2022 08:07 AM
W/pun air ketuban dah pecah masih ada lagi lelehan cecair + darah kn sebab dia normal delivery
Quote SalenaGomez 3-11-2022 09:06 AM
Ok lah tu, bayar je laaa…bukan dia caj2 lain pon

Teksi ni finction utk hantar ko kemana2 bkn nya utk tempat beranak

Ko dah nyusahkan dia pon nasib baik xde caj loss income sbb hantar g cuci dulu
Quote tikusmontok 3-11-2022 09:11 AM
Nak terkejut buatt apa dah ko beranak dlm teksi tu, org tak mintak byr masa beranak tu dah cukup baik
Quote pasa 3-11-2022 09:13 AM
30 paun naik gerab pun berkira naik ambulance cas lagi mahal dek non. Apa ummah dok oberseas ni igt naik ambulance ada subsidi.

Ummah sini dapat e-wallet 30 ringgek setahun guna tak abis.
Quote stingergrumpy 3-11-2022 09:17 AM
ultra78 replied at 3-11-2022 07:27 AM
Ok la tu. £60 aje pun

I would have given £100 no questioned asked for being a good samaritarian driving me safely until sampai kehospital...period...
Quote greantea 3-11-2022 09:28 AM
eh buat2 terkejut pulak. abis ko igt nak bersihkan tu free. mesti la dia claim balik

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.047853 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top