Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang 'fashionable' sering menarik perhatian ramai dengan penampilan mereka.
Bagaimanapun, penampilan mereka bersama anak-anak mengikut tema Halloween baru-baru ini menjadi bualan netizen. Menerusi Instagram, Scha berkongsi gambar mereka bersama Lara Alana dan Lyla Amina ketika menghadiri parti hari jadi anak rakan. Meskipun ia adalah sempena ulang tahun kelahiran dan bukanlah sambutan Halloween sebenar, namun ramai warganet mengkritik pasangan itu kerana dikatakan menjalani kehidupan seperti orang Barat.
Ada juga yang memerli Scha dan Awal kerana menyambut semua jenis perayaan termasuk Krismas selain turut mengecam mereka kerana membesarkan anak dengan kurang pengetahuan tentang agama. Malah, ‘power couple’ itu dituduh tidak menghiraukan nasihat orang lain meskipun pernah ditegur kerana menyambut perayaan agama lain. Sumber: BeautifulNara |
ADVERTISEMENT