CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota Polis Terima 6 Jahitan Akibat Diserang Lelaki Mabuk Guna Batu

2-11-2022 10:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 996| Komen: 9

Dua anggota polis cedera diserang lelaki mabuk yang menceroboh sebuah rumah dalam kejadian di Batu 4 Jalan Kapar di sini pada awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pada jam 2.04 pagi, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara telah menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan rumahnya dimasuki individu tidak dikenali.


Anggota polis cedera diserang lelaki mabuk di Jalan Kapar, Klang pada Rabu.

"Dua anggota kereta peronda polis (MPV) IPD Klang Utara telah dihantar ke lokasi terbabit.

"Apabila sampai di lokasi, didapati lelaki yang menceroboh rumah terbabit berada di kediaman itu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, semasa tangkapan hendak dibuat, lelaki terbabit bertindak agresif dan menyerang dua anggota polis berusia lingkungan 30 dan 50-an itu menggunakan batu.

"Tindakan suspek itu mengakibatkan seorang anggota polis mengalami lebam di kepala manakala seorang lagi menerima enam jahitan di kepala akibat pergelutan.

"Suspek warga Sri Lanka berusia 36 tahun kemudian berjaya diberkas dan ujian saringan air kencing suspek negatif dadah," ujarnya.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek berada dalam keadaan mabuk dan telah menceroboh masuk ke pekarangan rumah terbabit.

"Suspek kini ditahan di IPD Klang Utara untuk siasatan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan," tegasnya.


Sumber: Sinar Harian






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 3-11-2022 12:48 AM
kedah banyak gay dan kapar estet busuk
Quote shernazz 3-11-2022 07:19 AM
Budus sungguh la
Charge dia..
Mabuk2 tak hengat dunia
Quote Rdizz 3-11-2022 07:21 AM
Hantar balik negara dia, dtg sini buat kacau.Tak pasal2 polis kita cedera.
Quote hayrin86 3-11-2022 09:01 AM
Rdizz replied at 3-11-2022 07:21 AM
Hantar balik negara dia, dtg sini buat kacau.Tak pasal2 polis kita cedera.

Setuju. Senarai hitamkan mana-mana yang buat onar termasuk memukul polis.

Quote ctaz 3-11-2022 09:54 AM
ni puak pemisah sri langka ni....
yg lari kemari...
lepas tu buat perangai....
patut la sri langka kasi bunuh semua....
perangai hanat
Quote margo20 3-11-2022 10:10 AM
Kapar tu mcm black area
Quote Skuau 3-11-2022 10:57 AM
Tahniah Msia..ko amik rakyat Sri Lanka...mai..sekali dia 'batukan kapla' rakyat Msia..ni dia 'pemimpin' yg kita cari2....
Quote kelip2_07 3-11-2022 02:14 PM
kasi ajr lah ape lg
Quote saviour_09 3-11-2022 02:54 PM
mampos la kena pijak kat dalam lokap tu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.044555 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top